Sedang aku hepi2 mengemas bilik (maklum la,,sem dah abes)…aku terjumpa diari lama.. err diari aku ni bukan ikut tahun. Suka2 hati je aku nak tulis bila2 aku nak..hehe
Diari ni aku guna sejak tahun 2007 (form 5) sampai la aku mula2 masuk u,, tahun 2009.
Aku terjumpa 1 kata2 ni..
“kita selalunya mengagumi & menyukai pelangi yang indah warnanya..
Namun, kita tidak sedar bahawa pelangi tidak akan selalu muncul..
Akibat daripada pelangi, kita terlupakan awan, sedangkan awan selalu hadir & menemani kita..
Itulah manusia, hanya memuja yang indah..
Dan itulah kehidupan…
Terlalu banyak pilihan, hingga kadang-kala kita tersalah membuat keputusan…”
Kata2 yang dihantar oleh sahabatku Najuwa.. 16 Julai 2007, 11.15pm
Yela2,,aku mengaku aku la manusia yang x reti2 bawak motor..kecuali la kalo motor tu diletakkan di atas kereta..huhu..
sebenarnya dulu ada jugak aku belajar bawak moto.. okeh,,dalam proses pengajaran & pembelajaran motor ni..aku ada 3 orang sifu..sapa lagi kalo bukan abang2 aku.. errr sebenarnya ada 4..nanti aku citer sifu yang keempat k..hehe
Sifu 1 – Angah
Aku mula belajar dengan Angah sejak darjah 5 lagi. Setiap kali aku cakap “Ngah,,ajaq adek nek motor..” jawapan dia:
“mai RM2,ngah nak p isi minyak lu..baru boleh ajaq adek..”
Maka aku pun bagi la.. dan aku rasa dah beberapa puluh kali duit RM2 aku terbang, dan dia cuma ajar aku sekali..tu pon aku xreti2 jugak.huuu…
Y_Y
Sifu 2 – Along
Aku belajar naek moto dengan Along masa aku form 1. Ok la,,Along ajar aku. Aku kat depan, Along duduk belakang. Oleh kerana aku x reti, paham2 je la aku pulas minyak macam mana kan..aku rasa kalah mat rempit kot..haha..
Dan seperti yang dijangka, ofkos la motor tu jatuh.. yang bestnya aku lompat sebelum sempat jatuh. (macam Zizan dalam citer Hantu Bonceng)
Maka tinggallah Along atas moto jatuh sorang2..huhu
Dan Along pun serik nak ajar aku naik moto lagi.. Y_Y
Sifu 3 – Achik
Dengan Achik pulak aku belajar masa form 3.
Achik ajar best, dia ajar teori dulu.. camner nak tukar gear, cam ne nak rem minyak, camner nak brek.. memang aku paham la.. best!
Tapi malangnyaaaa… dia ajar teori je. Praktikal xde. Sebab dia sambung belajar kat kolej..huhu…Y_Y
Sifu 4 – bezfren aku
Ni masa form 5.
Dia ajar aku kat umah aku. Dia suruh aku naik motor dia, aku takut giler (macam biasa..) gayat!
Aku bawak motor sorang2 la..sebab dia laki..xkan nak naek sekali lak kan..haha
Aku cakap aku gayat.. dia pegang motor tu kat belakang..
And aku pon berjaya bawak motor! :D
errrr tapi… 0.5 meter je la..ok la tu kan kan kan..
pastu terus aku terjun dari motor tu (macam masa Along ajar dulu..haha)
malam tu, dengan excitednya aku citer kat mama yang aku dah bawak motor sejauh 0.5m….teruk jugak la aku kena gelak ngan family aku..sob3..
n bezfren aku tu pun kena gelak sebab tolak aku macam budak kecik..haha
dan tu la kali terakhir aku coba2 bawak motor..
~~~~~~~~
haha walau apa pun yang sifu2 aku buat, sebenarnya bukan salah dyorang pon..aku ni yang penakutsangat..huhu Y_Y
sekarang aku dah tak rasa teringin nak bawak motor..dah la berat, payah lak tu kena tukar2 gear! alasan je ni..ngaku je la ko memang xreti Uni…haha :p
masa sekolah dulu, aku rasa terhina giler sebab x reti bawak motor.. kawan2 aku sumer reti..
tapi bila masuk je PLKN, matrik, U..aku rasa biasa je.. rupanya ramai je dak2 U x reti bawak motor.. xde masalah pun. xjejas pointer pun. xganggu kesihatan kucing pun.. hehe..
tapi aku rasa teringin nak bawak skuter lak. orang cakap bawak skuter senang...:)
motor impian aku...elegen gilak! :D
UniMeOw: ada sesapa berani ajar aku bawak skuter? :p