Saturday, 5 February 2011

Kenapa Tulip Berduri..?


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Sem lepas aku tukar nama kat fb aku. Sebelum ni aku letak nama Ayuni Nekochan, gabungan nama aku dengan kucing  kesayangan aku kat rumah. Hehe.. nekochan ni bahasa Jepun, maksudnya “Si Kucing”. So bila diterjemah nama aku tu maksudnya Ayuni Si Kucing la..hehe like2~



Tak lama lepas tu aku tukar nama jadi Tulip Berduri pulak. Nasib baik nama kat ic x boleh senang2 nak tukar macam kat fb. Kalau tak, entah nama apa  la yang orang pilih untuk diri masing2. Almaklumlah, nama dalam ic tu bukan kita sendiri yang letak. Belum tentu setiap manusia tu berkenan dengan nama dalam ic dia. Huhu..

Bila aku tukar nama jadi Tulip Berduri ni, ada jugak la yang bertanya, kenapa nama tu? Selalunya bunga mawar jer yang berduri. Tak kurang ada jugak yang pertikai nama tu. Yang paling “best”, ada jugak yang panggil aku bunga taik ayam. Ampeh betul.. memang saja cari gaduh la tu..grrr..


Ok, bila ditanya kenapa nama Tulip Berduri yang dipilih, mesti la ada sebabnya. Aku takkan letak nama tu saja2. Semua ada maksud yang tersirat. Hehe.. kenapa aku pilih bunga tulip, bukan bunga mawar atau nama glamournya rosnah mat aris? hehe,,no3x.,I mean, bunga ros?

Yup, tak dapat dinafikan bunga ros tu bunga yang glamour, famous, cantik, wangi, banyak kegunaan malah lemak berkrim disukai ramai. Tapi apakan daya, tulip jugak yang menjadi pojaan hatiku.. diakui la tulip tak diminati ramai, tak femes,  x secantik  & sewangi ros. Tapi bagi aku tulip ni unik. Ada banyak warna (ros pun banyak warna la..!!) ahh,, x kisahlah apa pun, yang penting aku pilih tulip sebab dia sentiasa jadi pilihan kedua, malah mungkin jugak pilihan kesepuluh. Bila xde ros baru orang cari tulip. Hmmm…

Walaupun tulip x la sefemeys ros, tapi dia tetap tumbuh dan berkembang dengan banyaknya, agar bisa menghiburkan hati orang2 Belanda sekali dengan pelancongnya sekali.. dia tak kisah pun orang suka dia ke x..yang penting dia happy & boleh buat orang lain happy..haaa,, x ke besar budi dia tuh?? (hehe ni sekadar alasan semata2 nak cakap tulip 2 menarik..)

Dari mana pulak asal-usul Berduri tu? Tulip mana berduri??

Oo yeah…berduri pulak, maksudnya…walaupun tulip ni peminat dia x la seramai peminat ros, tapi tulip tetap membuat persediaan untuk melindungi diri dia dari kumbang2 durjana.. bukan apa, sekarang banyak je kumbang nak merosakkan bunga 
walaupun bunga tu x cantik, x femes, x disukai ramai.


Jadi tulip ni pun memasang duri di sekelilingnya, demi menjaga maruah & keselamatan dirinya. Takkan mudah2 dia menyerah kepada kumbang2 durjana. Tulip tahu, dengan begini takkan “ramai” kumbang berani mendampinginya, malah akan membuatkannya bertambah x femes. Namun si Tulip xpeduli semua itu. Apa guna dikelilingi kumbang kalau sudah hilang madu?

Ceh, xleh blah betul aku punya cerita. Hahaahaa mengarut! Bila masa pulak tulip ada madu? Eh, ada ke tak.. entah la.. ni la akibatnya menulis dan berhujah tanpa fakta..haha.. Tapi simboliknya macam tu la lebih kurang..yang penting, aku memang suka bunga tulip & tulip takkan senang2 menyerah pada kumbang!

Tulip Manja: sesungguhnya Tulip Berduri ini tak pernah sentuh bunga tulip pun! 
Lalalala~


MeOw2:aku cilok dari blog lama...huhu

8 comments:

Zamri said...

1st time aku dgr ada bunga tulip berduri..haha..tp cite ko penuh dgn makna..hehehe.

UniMeOw said...

hehe akhirnya ada gak org paham..
kalo org tya kat fb aku xtaw nak jwb cmner..
ak cuma jawab "panjang kesahnya.."hehe

Kiki De Tinker said...

baru ku tauuuu..

UniMeOw said...

pasnie kalo ada org tya adek kat fb kiki tlg jawab...hehe

kasih sufi said...

SY SUKA nama tulip berduri... ok what... glamour gitu... nama yg unik... senang nk pggil yer k.tulip..

UniMeOw said...

yeyy ada gak yg suka,,,hehe

dear yayah said...

la, ingatkan tulip berdiri

UniMeOw said...

tulip berdiri..?haippp~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...