Pernah tak korang
didengki? Tak kesah la oleh sesiapa pun. Oleh bff, adik-beradik, jiran, mahu
pun oleh nenek kepada kucing mak tiri kawan abang ipar adik kak angkat
korang..pernah tak?
Aku pernah.
Pernah didengki, dan
pernah jugak dengki kat orang lain. (pelik sangat nak sebut mendengki
tu..haha)
Selalunya perasaan
dengki yang ada dalam diri aku ni datang apabila orang yang aku dengki tu
dengki kat aku.
eheh..paham x nie..?
Maksudnya, bila dia
dengki kat aku, aku pun secara automatiknya rasa nak dengki kat dia balik.
Aku dengki kat dia,
tapi dalam masa yang sama..aku sedar aku sedang dengki dan aku benci perasaan
aku tu. Adeh! Betapa seksanya perasaan itu, dan insya-Allah aku xmau buat dah
sampai bila2..
Kepada korang2 yang
telah didengki, plz jgn jadi macam aku ye..x payah la dengki balik kat orang
tu…meh aku nak bagi reason sikit, kenapa kita tak perlu dengki kat orang…
1.
Kalau kita dengki balik kat orang tu, apa
yang kita dapat?
Habuk
pun tak dapat! Sia2! Buat sakit hati je..betul ni, hati kita memang berpenyakit
kalau dengki kat orang lain…Nauzubillah!
2.
Orang yang dengki kat kita tu pun bukan dapat
apa2
Sukati
dia la dia nak dengki kat kita. Kita nak dengki balik kat dia tu pesal? Bukan
dia dapat pape lebih daripada kita pun. Syok ke dengki kat orang yang buat
perkara sia2? Haha macam bodoh pandai je..
3.
Bila orang dengki kat kita, maknanya kita ni
ada kelebihan yang dia takde
Yup,
itu la punca orang dengki kat kita. Sebab kita ada apa yang dia xde. Jadi biar
la dia x puas hati sorang2, kita xperlu dengki balik kat dia..
4.
Kelebihan yang Allah bagi tu kan untuk
disyukuri
Bila
kita ada sesuatu kelebihan, ofcoz la kena bersyukur. Alhamdulillah… jadi,
berterima kasihlah pada orang yang mendengki tu, sebab tanpa dia, mungkin kita
tak sedar kelebihan yang Allah dah bagi kat kita….
Jadi,
terima kasih yer pada sesiapa yang telah dengki+jeles+cemburu+iri hati kat
saya…..tq very10x much! I lurve u all,,muah2!!! J
UniMeOw
: sebab tu aku lebih suka berkawan dengan kucing…kucing xpernah dengki kat aku!
Ahaks~~
2 comments:
betul betul
slalu berdoa smoga dijauhkan dr perasaan dengki dan iri hati tu
kite pong suka geng ngan kucin ahaks :D
kite tak ada nak dengki2 pada org. biarlah dah dia mmg layak dapat..
cuma bila ada org dengkikan kita, baru kite sedar yg kite ni ada tarikan (keistimewaan) jugak rrupanya. hikhik.
Post a Comment