Sunday, 14 August 2011

Jangan Pegang-pegang..

Kejadian ini berlaku semasa aku tingkatan empat. Setelah pulang dari kelas tambahan, aku mengikut lelaki itu (biar ku gelar H saja, bukan huruf sebenar..ehehh..) ke kedai berhampiran kerana beliau ingin membeli rokok..(belliau ingat aku suka ke rokok tu??grrrr…)
gambar hiasan..eheh~

Apabila melalui lorong yang agak sempit, kami berselisih dengan sekumpulan pendatang asing, aku yakin mereka dari Indonesia. Ramai, dalam tujuh lapan orang.
Mereka memandang kami dengan dengan pandangan kurang senang. Aku menjadi semakin takut apabila salah seorangnya yang berambut afro memandang tajam ke arahku. Lalu cepat-cepat aku memegang tangan H. ku paut erat lengannya, dengan harapan lelaki tadi tidak lagi memandang ke arah kami.
Apabila lelaki berambut afro tadi berselisih betul-betul di sebelahku, telingaku sempat menangkap kata-katanya, “huh, pegang-pegang!!” (ce korang sebut pegang tu macam Suhaimi Meor Hasan nyanyi lagu Kalau Berpacaran)
Barulah aku faham kenapa mereka memandang kami lain macam, rupanya mereka tidak senang melihat kami berjalan dengan begitu rapat, apatah lagi berpegangan tangan.
Terima kasih kalian, kerana begitu prihatin dan sudi menasihatiku.. Aku hargai kepekaan kalian, tambah lagi dalam keadaan sosial yang kian meruncing kini…
 Tapi ketahuilah kalian, lelaki yang aku pegang tu Achik aku la!!!  Abang yang juga bos aku masa kecik tu..huhu

Achikku yg sengal! Muka bajet siyes..muahaha~
UniMeOw : nak je suruh mamat tu jadi pegawai pencegah maksiat, biar dia round kat “tapak2 projek” setiap malam..haha

3 comments:

meowwmania said...

hehe...suspen jek

Bella Lim said...

haha ingatkan diorang nak pow./ apalaa. haha Achik nampak macam comel je. kirim salam ye. HAHAHHA

UniMeOw said...

meow2:hehe suspen la bes...nt ce cter kt meow2 kmu,,,wat bed tyme story..:D

bella:achik kem slm balik..
(adeh,,jd posmen lak..haha)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...