Tuesday 31 July 2012

Kisah seorang lelaki

Korang nak dengar baca satu kisah x? Kisah ni besttt woooo... 

Okeh, ceritanya bermula begini. Pada zaman dahulu (baca dengan nada Kisah Sang Kancil dgn Kura2..hehe..), di sebuah bandar, ada la sorang orang tua yang buta. 

Orang tua ni suuuuuka mengata, memaki hamun, mencaci maki, memfitnah dan menghasut orang ramai agar membenci seorang lelaki. Dia sendiri mengaku, dia benciiiiiii sangat2 dengan lelaki tu.

Dalam masa yang sama, ada sorang lelaki ni suka bagi dia makan. Lelaki tu suapkan orang tua ni, setiap hari. Orang tua ni pun x tahu siapakah gerangan lelaki yang selalu suapkan dia. 

Sambil makan, orang tua buta ni sempat lagi memaki hamun lelaki yang dia benci tu. Lelaki yang suapkan dia hanya diam, x menjawab apa2.

Sehinggalah pada beberapa ketika, orang misteri yang selalu suapkan orang tua ni tak lagi datang. Orang tua ni pun hairan, mana la pergi lelaki baik yang selalu suapkan aku ni...haihhh...(siap ada suara efek..hik3)

Satu hari, sorang lelaki lain datang dan suapkan orang tua buta. Orang tua ni tahu, lelaki ini bukan lelaki yang sama yang selalu suapkan dia dulu. Sebenarnya, lelaki lain ini merupakan bezfren kepada lelaki budiman tu. 

Si bff kepada lelaki budiman ni tanya la orang tua..macam mana dia boleh tahu aku ni bukan lelaki tu?

Jawab orang tua, “lelaki itu menyuap aku dengan lemah lembut, dengan penuh kasih sayang, jauh lebih baik dari yang engkau lakukan terhadapku..”

So, si bff ni pun nangis, kerana terkenangkan bezfrennya yang telah meninggal dunia. 

Dan waktu ni la terungkap kisah yang orang tua tu tak tahu.. rupa2nya, lelaki yang selama ni dia keji, hina, caci maki itulah yang datang dan menyuapnya makanan dengan penuh kasih sayang, setiap hari. 

Baik kan lelaki tu?? Dah kena maki hamun pun still buat baik.

Itulah pemimpin terulung, Nabi Muhammad saw. 

kisah ni wat aku terfikir, kenapa kita (termasuklah aku) sukar nak memaafkan orang lain..sedangkan kita sendiri pun banyak buat silap. 

Padahal, pemimpin agung kita tu cool & steady je maafkan orang. Tak cukup dengan maaf, siap buat baik lagi dengan orang yang jahat dengan dia. Astaghfirullah..

UniMeOw: he’s da bes motivator!!!

4 comments:

iEdA said...

kata2 maaf mmg mudah disebut tapi kemaafan dgn hati yg ikhlas susah dilaksanakan...sama2 kita sucikan hati :)

Chic Na said...

sebab kita ni manusia biasa kot. takde hati yg suci macam tu. penuh dgn emosi je.

IntaNBerliaN said...

sedih pulak last2 cite ni... thanks kongsi

Zara Alisha said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...