Sunday 14 October 2012

Art Therapy –the best!!


Semalam aku join bengkel Art Therapy. Sebagai manusia yang memang sukakan art, bengkel camnie memang la aku excited sangat2 nak join. Walaupun x bayar yuran lagi.




Art therapy tidak boleh diterjemahkan sebagai “terapi seni”, sebab perkataan “art” yang dimaksudkan di sini mempunyai makna yang luas.

Sedangkan perkataan “seni” dalam bahasa Melayu menggambarkan sesuatu yang mempunyai nilai estetika, keindahan dan kecantikan. Dalam art therapy, soal cantik & indah ditolak tepi. Apa yang penting, luahan melalui setiap karya yang dihasilkan.


 Art therapy meliputi:
-       Play therapy
-       Sand therapy
-       Sound therapy
-       Music therapy
-       Drama therapy / psychodrama therapy
-       Dance therapy
-       Clay therapy
-       Clown therapy
-       Dan macam2 lagi…hehe

Tapi yang aku pegi semalam, lebih kepada “visual art therapy”. Kami diberi crayon, buku lukisan & diminta untuk melakar, melukis, mewarna dan menconteng mengikut tema yang diminta oleh lecturer.

tema marah- kebanyakan org pilih warna merah

tema gembira-kebanyakannya pilih warna ceria :)

takut-warna hitam jadi pilihan
semua warna yang dipilih ni, adalah kehendak & pilihan masing2. xde sapa2 suruh or paksa. bila kumpul, tak sangka warna pilihan kami lebih kurang sama. nice rite?! ;)

Apa yang best, art therapy bukan khas untuk kaunseling je, tapi untuk macam2 bidang menolong lagi seperti psikatrik & social work.

Bagi aku, ekspresi perasaan melalui lukisan ni lebih berkesan daripada melalui lisan. Tapi ikut kesesuaian kes jugak la.

Contohnya, masa tsunami di Acheh, ramai social workers dihantar ke sana untuk buat art therapy dengan kanak2. Hasilnya, kanak2 meluahkan trauma mereka ke atas sehelai kertas lukisan. Malah, dari art therapy, kanak2 di sana meluahkan betapa mereka masih mengharapkan ibu bapa mereka pulang. Semua ni belum tentu terluah jika kita masih menggunakan kaedah lisan.

Bayangkan, tetiber orang yang tak dikenali datang & bertanya pada kanak2, “adik2,,adik sedih tak?” or “apa perasaan adik setelah berlaku bencana seperti ini?”. Kalau aku jadi kanak2 tu, maw aku lari.

Masa mula2 wat terapi ni, kami diminta menulis nama sendiri kat kertas lukisan. Then lukis bola, segi tiga. Then kena pilih dua abjad dalam nama sendiri.

memuler nak pilih huruf A. tapi at last aku pilih huruf ke2 & ke3 nama aku. ;)


Masa fasa ke3, kami kena lukis pokok. Kami kena ingat satu peristiwa pahit, then lukis pokok yang gambarkan diri kita tu. Macam mana keadaan pokok tu waktu mengalami peristiwa tu. Ada yang lukis pokok patah, pokok layu, pokok xde daun..

nie pokok aku. nampak biasa je kan. caya x,,aku nangis sambil lukis pokok ni..
maksud dia,,aku sorang je paham..

Ramai orang salah anggap dengan art therapy. “kaunselor/helper boleh mentafsir seseorang melalui lukisannya.” Tahukah anda, statement itu adalah salah, salah dan SALAH!! >_<

Kami sebagai kaunselor, kami bukan malaikat yang tahu semua isi hati manusia. Kami tidak layak membuat tafsiran walaupun sedikit terhadap mana2 lukisan & individu. Hanya pelukis sahaja yang boleh mentafsir sendiri lukisan yang dihasilkannya.

Every pic tells a thousand words. Kadang2, lukisan yang nampak rumit sebenarnya menceritakan perkara yang simple. Kadang2, lukisan yang simple menggambarkan isu yang sangat rumit. Nak tahu apa isunya, kaunselor takleh memandai wat cerita. Semuanya kena tanya klien tu sendiri.

hasil karya kawan aku..hehe

Sebenarnya aku ada macam2 lagi nak citer pasal art therapy ni. Tapi sampai tahun depan pun belum tentu habis kalau nak citer..huhu

Pape pun, art therapy memang menarik bagi aku. Aku suka sangat100000x~~~ art therapy. :3

UniMeOw: teringat masa zaman ambik seni SPM dulu..haha

11 comments:

IntaNBerliaN said...

a'aa akak yg baca entry ni pun rasa mcm menarik je.. :-)

*dah ltk dkt Berlian Graff Pink

UniMeOw said...

mmg menarik kak...kdg2 hasil karya kita 2,,kita x sgka pun...:)

Zara Alisha said...

interesting... like lect psiko say.. bila buat kt mangsa tsunami trutamanya kanank2.. mereka akan lukis ombak laut n soon berkaitan tsunami..

IntaNBerliaN said...

akak singgah pagi selasa..

Masya said...

salam kenal...
dtg sini...
cuba paham warna² yg dimaksudkan...
kalau marah mesti warna merah yer hihihihihi .....

suesue said...

excited nye tgok color2 tu..lama dah x menyonteng..T T dah tua gamaknya diri ni

UniMeOw said...

zara:yup,,mmg lec 2 yg conduct program ni..hehe

masya:ha'a,,tgk merah je tros rs semangat nk marah!!aummm~ >_<

suesue:jom la conteng2 balik..
conteng dinding pn ok gak,,tu pun kalo nak kena tarik tlnga ngan mak la..hehe

UniMeOw said...

waduh kak intan...x smpat uni nak hapdet n3 baru..

hehe nway tq 4 comin k..;)

Zara Alisha said...

patutlah minggu ni xde kelas... hahha.

RIZZNA said...

therapist & psychologist mmg akn guna art sbg salah satu medium mereka mengenal pasti masalah pesakitnya. dan benar, kita tak boleh simply judge org dgn lukisan2nya, but if somethg happen later, then we will know di sebalik lukisan tersebut.

UniMeOw said...

a pic tells a thousand story...;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...