Semalam aku join
bengkel Art Therapy. Sebagai manusia yang memang sukakan art, bengkel camnie
memang la aku excited sangat2 nak join. Walaupun x bayar yuran lagi.
Art therapy tidak
boleh diterjemahkan sebagai “terapi seni”, sebab perkataan “art” yang
dimaksudkan di sini mempunyai makna yang luas.
Sedangkan perkataan “seni”
dalam bahasa Melayu menggambarkan sesuatu yang mempunyai nilai estetika,
keindahan dan kecantikan. Dalam art therapy, soal cantik & indah ditolak
tepi. Apa yang penting, luahan melalui setiap karya yang dihasilkan.
Art therapy meliputi:
- Play therapy
- Sand therapy
- Sound therapy
- Music therapy
- Drama therapy / psychodrama therapy
- Dance therapy
- Clay therapy
- Clown therapy
- Dan macam2 lagi…hehe
Tapi yang aku pegi
semalam, lebih kepada “visual art therapy”. Kami diberi crayon, buku lukisan
& diminta untuk melakar, melukis, mewarna dan menconteng mengikut tema yang
diminta oleh lecturer.
tema marah- kebanyakan org pilih warna merah |
tema gembira-kebanyakannya pilih warna ceria :) |
takut-warna hitam jadi pilihan |
semua warna yang dipilih ni, adalah kehendak & pilihan masing2. xde sapa2 suruh or paksa. bila kumpul, tak sangka warna pilihan kami lebih kurang sama. nice rite?! ;)
Apa yang best, art
therapy bukan khas untuk kaunseling je, tapi untuk macam2 bidang menolong lagi
seperti psikatrik & social work.
Bagi aku, ekspresi
perasaan melalui lukisan ni lebih berkesan daripada melalui lisan. Tapi ikut
kesesuaian kes jugak la.
Contohnya, masa tsunami
di Acheh, ramai social workers dihantar ke sana untuk buat art therapy dengan
kanak2. Hasilnya, kanak2 meluahkan trauma mereka ke atas sehelai kertas
lukisan. Malah, dari art therapy, kanak2 di sana meluahkan betapa mereka masih
mengharapkan ibu bapa mereka pulang. Semua ni belum tentu terluah jika kita
masih menggunakan kaedah lisan.
Bayangkan, tetiber
orang yang tak dikenali datang & bertanya pada kanak2, “adik2,,adik sedih
tak?” or “apa perasaan adik setelah berlaku bencana seperti ini?”. Kalau aku
jadi kanak2 tu, maw aku lari.
Masa mula2 wat
terapi ni, kami diminta menulis nama sendiri kat kertas lukisan. Then lukis
bola, segi tiga. Then kena pilih dua abjad dalam nama sendiri.
memuler nak pilih huruf A. tapi at last aku pilih huruf ke2 & ke3 nama aku. ;) |
Masa fasa ke3, kami
kena lukis pokok. Kami kena ingat satu peristiwa pahit, then lukis pokok yang
gambarkan diri kita tu. Macam mana keadaan pokok tu waktu mengalami peristiwa
tu. Ada yang lukis pokok patah, pokok layu, pokok xde daun..
nie pokok aku. nampak biasa je kan. caya x,,aku nangis sambil lukis pokok ni.. maksud dia,,aku sorang je paham.. |
Ramai orang salah
anggap dengan art therapy. “kaunselor/helper boleh mentafsir seseorang melalui
lukisannya.” Tahukah anda, statement itu adalah salah, salah dan
SALAH!!
>_<
Kami sebagai
kaunselor, kami bukan malaikat yang tahu semua isi hati manusia. Kami tidak
layak membuat tafsiran walaupun sedikit terhadap mana2 lukisan & individu. Hanya
pelukis sahaja yang boleh mentafsir sendiri lukisan yang dihasilkannya.
Every pic tells a
thousand words. Kadang2, lukisan yang nampak rumit sebenarnya menceritakan
perkara yang simple. Kadang2, lukisan yang simple menggambarkan isu yang sangat
rumit. Nak tahu apa isunya, kaunselor takleh memandai wat cerita. Semuanya kena
tanya klien tu sendiri.
hasil karya kawan aku..hehe |
Sebenarnya aku ada
macam2 lagi nak citer pasal art therapy ni. Tapi sampai tahun depan pun belum
tentu habis kalau nak citer..huhu
Pape pun, art therapy
memang menarik bagi aku. Aku suka sangat100000x~~~ art therapy. :3
UniMeOw: teringat
masa zaman ambik seni SPM dulu..haha
11 comments:
a'aa akak yg baca entry ni pun rasa mcm menarik je.. :-)
*dah ltk dkt Berlian Graff Pink
mmg menarik kak...kdg2 hasil karya kita 2,,kita x sgka pun...:)
interesting... like lect psiko say.. bila buat kt mangsa tsunami trutamanya kanank2.. mereka akan lukis ombak laut n soon berkaitan tsunami..
akak singgah pagi selasa..
salam kenal...
dtg sini...
cuba paham warna² yg dimaksudkan...
kalau marah mesti warna merah yer hihihihihi .....
excited nye tgok color2 tu..lama dah x menyonteng..T T dah tua gamaknya diri ni
zara:yup,,mmg lec 2 yg conduct program ni..hehe
masya:ha'a,,tgk merah je tros rs semangat nk marah!!aummm~ >_<
suesue:jom la conteng2 balik..
conteng dinding pn ok gak,,tu pun kalo nak kena tarik tlnga ngan mak la..hehe
waduh kak intan...x smpat uni nak hapdet n3 baru..
hehe nway tq 4 comin k..;)
patutlah minggu ni xde kelas... hahha.
therapist & psychologist mmg akn guna art sbg salah satu medium mereka mengenal pasti masalah pesakitnya. dan benar, kita tak boleh simply judge org dgn lukisan2nya, but if somethg happen later, then we will know di sebalik lukisan tersebut.
a pic tells a thousand story...;)
Post a Comment