Tuesday 9 October 2012

Kerat jari la beb…

Hari itu hari Khamis, tahun 2005. Aku tingkatan 3. Sempena Minggu Disiplin Sekolah, aku bersama Siti menyertai pertandingan melukis poster.

Niatku tidak lebih dari ingin ponteng kelas. Haha..betul! Pertandingan yang berlangsung dari waktu pertama hingga waktu rehat itu tak akan ku lepaskan sia2. Inilah peluang untuk aku ponteng.. soal kalah atau menang langsung aku tolak tepi.

“Kali ni, kalau kami menang la Siti, kerat jari la..hahahaha..” aku berkata dengan nada penuh yakin. Aku begitu pasti bahawa takkan mungkin aku menang.

“hehe..jangan kata Yuni..mana tau kot2 hangpa menang..” jawab Siti.

“Heh,lukisan macam ni nak menang? Kerat jari la..” aku berkata lagi sambil ketawa kecil, memperlekeh diri sendiri.

Sungguh, pada mataku, lukisan aku itu memang tidak cantik. Apatah lagi kami bersaing dengan pelajar2 tingkatan 1 hingga 5. Sudah semestinya senior2 lebih arif dan berbakat berbanding diriku. Lagipun aku tidak pernah belajar mata pelajaran Pendidikan Seni di sekolah menengah kerana subjek itu telah diganti dengan subjek Bahasa Arab yang menjadi aliranku pada tahap menengah rendah.

Aku lihat lagi poster yang aku lukis. Hmm…buruk! Berlatarbelakangkan warna kuning, aku mula mewarna pula lukisan2 kartun yang aku lukis. Haha…buruk! Antara yang aku lukis, gambar pemandangan hadapan sekolahku itu, kartun pelajar yang dirotan oleh ustaz, pelajar lelaki mengorat dan beberapa fenomena2 yang biasa terjadi di sekolah.. Haha…

“Tak mungkin kami menang la Siti..potong jari la kalau menang..”

Hari Ahad, ketika perhimpunan rasmi mingguan di Dewan Anggerik (sekolah kat Kedah perhimpunan hari Ahad) guru bertugas  mengumumkan pemenang bagi pertandingan2 yang diadakan sempena Minggu Disiplin.

Aku sedikit pun tidak gementar. Hehe..buat apa nak gementar kalau dah pasti aku takkan naik pentas terima hadiah? Relax la beb…

Tempat ketiga, pelajar sebaya aku yang menang. Budak kelas Bestari..fuh, berseni jugak tangan mamat ni rupanya..haha.. aku ketawa dalam hati memikirkan tangan aku yang langsung tak berseni.

Tempat kedua dimenangi oleh pelajar tingkatan 4. Hmm..tak sangka pulak abang ni pun berjiwa seni. Muka brutal. Sekali lagi aku tertawa dalam diam.

Tempat pertama, aku nak pengsan. Kenapa cikgu sebut nama aku??? Dewan terasa berputar2, guruh berdentum dalam mindaku, memberi kesan bunyi tanpa dipinta.

“Yuni, pi la..nama hang tu..” aku tidak tahu suara siapakah itu.

Dan aku tidak sedar bila aku naik ke pentas mengambil hadiah.

Aku juga tidak sedar bila perhimpunan tamat. Otakku ini ligat berkerja. Kebimbangan mulai mengetuk2 pintu hati.

Semasa kaki ini melangkah ingin memasuki kelas, aku ditegur Siti.

“haaaa….Yuni, tak tau la..Hari tu kata nak kerat jari kalau menang.” Seolah2 mengingatkan aku.

Ya, persoalan itulah yang menggugat ketenangan fikiranku pada masa itu.

Aku tak ingat apa yang telah ku jawab pada Siti.

Setelah ligat berfikir, esoknya aku meminta abah membeli seekor ayam. Oleh kerana sudah menjadi tugas aku memasak, maka dengan mudahnya aku memotong jari2 ayam! :D

Yela, aku cakap nak kerat jari. Tapi tak cakap pun nak kerat jari siapa. Jari ayam pun jari jugak..lalalala~


UniMeOw: itu kali terakhir aku guna ayat “potong jari”…huhu..

*kami=saya (bahasa Kedah)

11 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

ha, kan dah makan diri ! huhuuu

Zara Alisha said...
This comment has been removed by the author.
Zara Alisha said...

wah tahniah.. kira berbakat la bab2 lukisan ni... solute...hihihi

RIZZNA said...

Wah menang, jgn potong tangan yg berseni tu tau.

Msti mng sbb background kuning tu

Nur Khairul Azizi said...

Salam...

Sanggup ke kerat jari nanti...ahaks...

anyway singgah & follow disini...dijemput join segmen MYideakini nanti ye...TQ

Aku Terjah! Aku Follow! Apakah itu?

UniMeOw said...

lukis mcm conteng kat buku latihan ms djh 3 je pon..xtaw la cmne leh menang..
myb Allah nk tnjuk kot..mulut 2 jgn capoi..huhu

Cik Sara said...

ehehe.. tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia? rahsia Ilahi..
Mujur tak kata jerat jari sendiri ek? hehehe..

IntaNBerliaN said...

hihii.. tgk, mmg rezeki yuni.. tp nsb xckp nak potong jari sendiri kan.. :-)

IntaNBerliaN said...

akak singgah..

UniMeOw said...

tuah mnsia rahsia Ilahi..like!! :D

cian kak intanberlian,,singgah cni pon xde n3 baru,,hadeh!

9n0L4 said...

maknenye sekarang 22 tahun la ye. hehe. kalau uni 27.7, akak 23.7. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...