Niatku
tidak lebih dari ingin ponteng kelas. Haha..betul! Pertandingan yang
berlangsung dari waktu pertama hingga waktu rehat itu tak akan ku lepaskan
sia2. Inilah peluang untuk aku ponteng.. soal kalah atau menang langsung aku
tolak tepi.
“Kali
ni, kalau kami menang la Siti, kerat jari la..hahahaha..” aku berkata dengan
nada penuh yakin. Aku begitu pasti bahawa takkan mungkin aku menang.
“hehe..jangan
kata Yuni..mana tau kot2 hangpa menang..” jawab Siti.
“Heh,lukisan
macam ni nak menang? Kerat jari la..” aku berkata lagi sambil ketawa kecil,
memperlekeh diri sendiri.
Sungguh,
pada mataku, lukisan aku itu memang tidak cantik. Apatah lagi kami bersaing
dengan pelajar2 tingkatan 1 hingga 5. Sudah semestinya senior2 lebih arif dan
berbakat berbanding diriku. Lagipun aku tidak pernah belajar mata pelajaran
Pendidikan Seni di sekolah menengah kerana subjek itu telah diganti dengan
subjek Bahasa Arab yang menjadi aliranku pada tahap menengah rendah.
Aku
lihat lagi poster yang aku lukis. Hmm…buruk! Berlatarbelakangkan warna kuning,
aku mula mewarna pula lukisan2 kartun yang aku lukis. Haha…buruk! Antara yang
aku lukis, gambar pemandangan hadapan sekolahku itu, kartun pelajar yang
dirotan oleh ustaz, pelajar lelaki mengorat dan beberapa fenomena2 yang biasa
terjadi di sekolah.. Haha…
“Tak
mungkin kami menang la Siti..potong jari la kalau menang..”
Hari
Ahad, ketika perhimpunan rasmi mingguan di Dewan Anggerik (sekolah kat Kedah perhimpunan hari Ahad) guru bertugas
mengumumkan pemenang bagi pertandingan2 yang diadakan sempena Minggu
Disiplin.
Aku
sedikit pun tidak gementar. Hehe..buat apa nak gementar kalau dah pasti aku
takkan naik pentas terima hadiah? Relax la beb…
Tempat
ketiga, pelajar sebaya aku yang menang. Budak kelas Bestari..fuh, berseni jugak
tangan mamat ni rupanya..haha.. aku ketawa dalam hati memikirkan tangan aku
yang langsung tak berseni.
Tempat
kedua dimenangi oleh pelajar tingkatan 4. Hmm..tak sangka pulak abang ni pun
berjiwa seni. Muka brutal. Sekali lagi aku tertawa dalam diam.
Tempat
pertama, aku nak pengsan. Kenapa cikgu sebut nama aku??? Dewan terasa berputar2,
guruh berdentum dalam mindaku, memberi kesan bunyi tanpa dipinta.
“Yuni,
pi la..nama hang tu..” aku tidak tahu suara siapakah itu.
Dan
aku tidak sedar bila aku naik ke pentas mengambil hadiah.
Aku
juga tidak sedar bila perhimpunan tamat. Otakku ini ligat berkerja. Kebimbangan
mulai mengetuk2 pintu hati.
Semasa
kaki ini melangkah ingin memasuki kelas, aku ditegur Siti.
“haaaa….Yuni,
tak tau la..Hari tu kata nak kerat jari kalau menang.” Seolah2 mengingatkan
aku.
Ya,
persoalan itulah yang menggugat ketenangan fikiranku pada masa itu.
Aku
tak ingat apa yang telah ku jawab pada Siti.
Setelah
ligat berfikir, esoknya aku meminta abah membeli seekor ayam. Oleh kerana sudah
menjadi tugas aku memasak, maka dengan mudahnya aku memotong jari2 ayam! :D
Yela,
aku cakap nak kerat jari. Tapi tak cakap pun nak kerat jari siapa. Jari ayam
pun jari jugak..lalalala~
UniMeOw:
itu kali terakhir aku guna ayat “potong jari”…huhu..
*kami=saya (bahasa Kedah)
11 comments:
ha, kan dah makan diri ! huhuuu
wah tahniah.. kira berbakat la bab2 lukisan ni... solute...hihihi
Wah menang, jgn potong tangan yg berseni tu tau.
Msti mng sbb background kuning tu
Salam...
Sanggup ke kerat jari nanti...ahaks...
anyway singgah & follow disini...dijemput join segmen MYideakini nanti ye...TQ
Aku Terjah! Aku Follow! Apakah itu?
lukis mcm conteng kat buku latihan ms djh 3 je pon..xtaw la cmne leh menang..
myb Allah nk tnjuk kot..mulut 2 jgn capoi..huhu
ehehe.. tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia? rahsia Ilahi..
Mujur tak kata jerat jari sendiri ek? hehehe..
hihii.. tgk, mmg rezeki yuni.. tp nsb xckp nak potong jari sendiri kan.. :-)
akak singgah..
tuah mnsia rahsia Ilahi..like!! :D
cian kak intanberlian,,singgah cni pon xde n3 baru,,hadeh!
maknenye sekarang 22 tahun la ye. hehe. kalau uni 27.7, akak 23.7. :)
Post a Comment