Sunday, 17 April 2011

Kalau ikhlas..

Kalau ikhlas..
tak perlu risau kalau kita buat kerja lebih daripada orang lain..
kan bagus kita dapat lebih berbakti sementara masih hidup?

Kalau ikhlas..
tak perlu marah bila orang lain buat kerja sikit berbanding kita..
kan dia dah beri peluang pada kita untuk buat amal?

Kalau ikhlas..
tak payah merungut bila dapat kerja..
kan tu memang tanggungjawab kita?

Kalau ikhlas..
tak payah marah bila terpaksa buat kerja orang lain..
bersyukurlah kerana kita terpilih untuk menambah amal kebaikan..

Kalau ikhlas..
usah dicanang amalan baik kita..
cukuplah andai Dia sahaja yang mengetahui..

Kalau ikhlas..
janganlah pula jadi internet bergerak memburukkan orang yang rileks2 berbanding kita..
kan rugi bila dah buat kebaikan ditambah dengan dosa?

Kalau ikhlas..
tak payahlah rasa kita lebih hebat berbanding orang lain..
sehebat2 manusia, hebat lagi Penciptanya…

Kalau ikhlas..
buat je kerja sendiri..
apa gunanya ambil tahu orang lain yang x jalankan tanggungjawab?

Kalau ikhlas..
janganlah terlalu memandang tinggi amal bakti sendiri..
tinggi lagi budi orang yang beramal secara tersembunyi…

Kalau ikhlas..
tak payah bermasam muka kerana susahnya tanggungjawab..
kan itu membuktikan kita sudah dewasa?

Kalau ikhlas..
jangan diingat bakti sendiri…
ingatlah budi insan lain kepada kita..

Tapi..
jangan pula jadi seperti lembu..
takut berdarah pulak hidung nanti..

Ikhlas pun biarlah berpada..
jangan sampai dipijak kepala..

Selagi tak dipijak kepala..
selagi badan dikandung nyawa..
berbaktilah dengan seikhlas hati! :D

Kalo iklas,,jangan wat muka monyok camnie..haha


Tulip Manja: pesanan khas buat diri sendiri..
hidup ni kalau asyik merungut dengan kerja,,baik tak payah jadi manusia..ahaks!

Sunday, 3 April 2011

Wahai lecturer,,fahamilah kami..

Antara larangan atau amaran keras yang lect selalu bagi kat student dia masa dalam kelas adalah “xpayah salin la, nanti saya bagi slide ni”.

Larangan yang paling aku benci.
 
Sebab akulah salah satu makhluk yang memang suka menulis. Kalau boleh setiap perkataan yang terkeluar dari mulut lect tu aku nak salin.

Aku faham perasaan lect tu, dia xnak student salin masa dia tengah cakap sebab dia rasa stud x dengar pe dia cakap. Dia rasa stud xbagi perhatian kat dia, macam dia cakap sorang2 je dalam kelas tu.

Tapi..

Aku ni, cara aku belajar jenis visual n kinestetik. Aku sorang yang suka tengok warna-warni, ala2 buku citer kanak2 tu..hehe aku suka buat mind map, baru ingat. 

Kinestetik lak, aku kena buat. Buat la apa2 pun, lukis ke, tulis ke, buat gaya ke, buat 
tarian ke, gerak2 badan ke. Baru aku ingat.

So dalam kelas aku kena jugak menulis. Kalau x aku mengantuk. Bagi aku, better menulis daripada mengelamun. Lagipun, bila aku menulis, tu la tandanya aku bagi perhatian n minat.

Series, kalau nak exam aku sanggup tulis balik apa yang aku dah baca. Coz dengan cara tu aku lebih mudah ingat.
Adakah lect nak aku jadi macam nie dalam klas..?

or macam nie?? huuuuu...


Apa yang lect x tau, aku bukan tulis pe yang ada dalam slide. Slide tu aku tengok sebab nak tau lect tengah cakap pasal pe je. Aku mbik tajuk, n aku tulis pe yang lect cakap. Bukan salin setiap huruf kat slide tu. 

Kadang2 bila lect larang kami menulis, nak jer aku tunjuk kat lect pe yang aku dah tulis.
“Cuba tengok pe yang saya tulis ni, ada sama macam slide ke?”

Tapi setakat ni x berani la pulak aku.haha..

Kalau aku jadi lect (amin..), aku rasa xperlu kot aku nak tentukan cara belajar stud aku macam mana. Dia nak salin ke, xnak ke, nak tido ke, nak makan ke, (kecuali bising n kacau orang lain nak focus) sukati dia la. Masing2 dah besar kan.. alamak,,terperasan jadi lect la pulak..hak3..

Tulip Manja: Bila kena tegur “xpayah salin”, terasa diri ini seperti diperbudaktadikakan (waa,,,word baru,, boleh masuk kamus dewan!haha..)

Friday, 18 March 2011

Cita-cita yang tidak kesampaian

Sesungguhnya aku pernah menyimpan satu impian suatu ketika dulu…dalam diam-diam, aku bercita2 nak jadi….

CIKGU TADIKA!!      
Oo yeah~

Hehe betapa “rock”nya cita-citaku ini…sebab aku suka budak2!! Tambah lagi yang manja..hehe (yang xmanja xkan dilayan coz aku xtaw nak layan budak xmanja) lagipun aku memang suke kalau bab2 menyanyi, main, baca buku cerita..hehe

Jadi, apabila berpeluang masuk ke dalam sebuah tadika di Bota, Perak…aku pun x melepaskan peluang ambik gambar dengan penuh rasa riang dan gembira..


Tak boleh jadi cikgu tadika, boleh berangan seketika pun jadik la!hehe..^_^
Memang dalam family aku antara yang suka budak2..yang paling suka budak2 Angah aku la..aku pun x paham dengan dia tu. Mana pun dia pergi, dari dulu sampai la sekarang adaaaaaa jer budak & aweks suka kat dia. Aku pun xtau la ilmu apa dia guna..huhu
Angah aku dengan czen...ada jer idea nak layan budak2..hmm..

Kalo raya, kami sefamily akan balik umah wan. Yang bestnya time raya aku x payah kalut2 kat dapur. Kalo aku pegi dapur confirm budak2 2 ikut lalu memporak-perandakan suasana dapur yang memang sedia bz 2..huhu

maka bermulalah acara menarik phatian budak2 agar xkaco dapur..huhu

So keja aku adalah jaga budak2 dan jangan sesekali izinkan mereka (ayat xleh blah!haha..) mengganggu tok, mama, n mak2 sedara aku kat dapur..hehe kan best tu..hah,tambah lagi peranan aku time raya, kena penuhi permintaan budak2 tu..kalau suruh dukung,dukung la keja aku..kalau suruh bancuh susu pun aku la akan jadi mangsanya..kalau budak2 tu nak berak? Hehe yang tu aku panggil kakak diorang..lalalala~

Hmm…nak tau kenapa aku cancel cita2 aku jadi cikgu tadika..?

Hehe sebabbbbb..

Mama ugut aku “kalo jadi cikgu tadika kena basuh berak budak..”

Warrrgghhh..!! maybe dia memang xnak aku jadi cikgu tadika, that’s why la..huhu

Jap2, sebut pasal cikgu tadika ni, mengingatkan aku dengan kata2 lecturer aku..kalau kat Malaysia, cikgu tadika ni orang pandang sebelah mata jer. (maybe sebab tu kot mama xnak aku jadi cikgu tadika)..Xperlu ada ijazah pun kalau nak jadi cikgu tadika. Tapi kalau kat Barat, nak jadi cikgu tadika silap2 kena ada PhD (aku x sure betul ke x..) psikologi kanak2. Hmm..

Aku lebih setuju dengan Barat, coz didikan waktu kanak2 la yang paling penting untuk memanusiakan seseorang manusia itu..

Tulip Berduri: sekarang bercita2 nak jadi Pakar Psikologi Kanak2 pulak..haha doa2kan la yer..;)

MeOw2: credit 2àbLoG LaMa aKu…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...