Sunday, 11 March 2012

Saya dah balik…!!! :D

*Sila baca tajuk n3 ini dengan nada nobita-balik-umah*




Huhu lama gak la kan aku x hapdet blog.. aku masuk wad 6 hari, semuanya Tokin punya pasal! =_="

Pas bagitau abah ritu,,aku pun balik umah. Kat umah abah suruh guna tongkat, nasib baik ada lagi tongkat yang Along guna masa dia xcden dulu.




Seharian aku duduk kat umah, x wat pape pun. Terlantar je kat katil (macam sakit teruk pulak..) nasib baik ada kucing2 teman… x la boring sangat..huhu


Antara teman setia:
Goten-teman tido plg setia



Elo - paling nakal! selalu main pastu pijak kaki sakit aku...grrrr
sori pic rosak


Onin - teman plg manja.. posing maut jilat kaki..haha

Nekochan -  teman plg liaq..kena ada makanan baru nk dtg dekat..grrrr


Esok tu kami pegi hospital. Doc suruh duduk wad, nak suntik antibiotik.

Maka berkampung la aku kat wad tu..sob3… boring tahap gaban!!! Aku cuma bergerak kalo nak g toilet. Waktu lain semua aku baring je kat katil..


Teman2 kat wad:






Kali terakhir kena suntik antibiotik..hehe


Sekarang kaki aku dah ok, dah boleh jalan even bisa tu masih ada.. nak tergelak pun ada, sebelah kaki gelap, sebelah kaki cerah. 

Tapi kaki aku x kuat lagi sebenarnya. Boleh jalan, tapi kena jalan slow2.

Maka x perlulah aku bermimpi nak main kejar2 dengan tokin pasnie..

Pic tokin masih belum dapat dikenalpasti. Kalo dapat nanti aku tunjuk..huhu

Camner pun esok aku dah boleh pegi kelas. Harap2 semua ok la..

UniMeOw: tQ wat sume yg doakan uni & sudi g melawat uni…J


p/s: aku lupa bawak kabel enset, so xde la pic yg sepatutnya aku tunjuk..huhu kalo dapat kabel t aku letak..
HAPDET: dah ada pic..hehe

Thursday, 1 March 2012

~Dah bagitau Abah~


Setelah didesak2 oleh Masyi & Mimi, akhirnya aku buat keputusan untuk bagitau abah pagi ni. Bagitau pasal kaki aku ni..

Memang aku xnak abah risau, tapi kaki aku ni makin bengkak lak.. susah nak jalan, sakit..

Mula2 abah beletiaQ jugak la, nape aku main kucing lagi.. padahal hari tu aku dah janji xmo maen kucing dah, pas Belang cakar+gigit aku sampai lebam. Huhu.. aku jawab,
”ni kucing lain pulakkk.. adik bagi makan kat Kiko (bajet abah kenal kan..haha), pastu Tokin mai cakaq Kiko. Adik dok dekat, adik pon kena la sekali..” aku jawab sambil nangis2.. maybe abah kesian, dia pun xjadi nak marah..huhu *nasib baik



Abah ingat aku luka sikit je kot. Bila aku cakap kena 5 jahitan (sori kak GtHans, silap info, 5 jahitan sebenarnya..huhu), ayat pertama abah:
“ya Allah,,anak akuuuuu…”
huuuuuu lagi la aku nangis…uhukkk….




Aku cter la kaki aku bengkak, susah nak jalan. X pergi kelas pun. & yang paling “best”, doktor x bagi MC sehari pun.. abah punya la marah.. abah suruh aku pegi PKU lagi, tapi aku cakap aku dah xnak pegi PKU. Aku duduk dalam bilik ni pun kaki dah bengkak, kalo aku jalan bertambah2 la bengkak..huhu


Terus abah nak bawak aku balik umah.. huhu aku takut jugak sebenarnya, nak pergi klinik lain. Tapi kalo dah xde jalan, terima je la..

Hmmm rupa2nya hari ni pun hari pembaziran air mata lagi…sob3…

& hari ni Allah nak tunjuk kat aku, yang abah memang sayang kat aku.. even dia marah pun, marah sebab sayang.. *Nangis lagi

Abah mmg penyayang...cayang betoi dia kat si Eddy gumok 2..grrrr
errr aku dah penah letak pic ni..:p


UniMeOw: persoalan di palotak masih belum terjawab..kenapa doktor kat u kedekut sangat nak bagi MC kat student..?grrrrr...

Wednesday, 29 February 2012

28 Februari 2012 – Hari Pembaziran Air Mata (oleh aku je)


Semalam aku kena cakaq meow2.. nama dia Tokin. Dia memang otai.

Camner leh kena cakaq? Aku akui memang disebabkan kebodohan sendiri la.. plus, aku x ikut pesan abah..huhu dan ni la balasan yang aku dapat..

Aku nak jadi heroin, konon nak selamatkan Kiko dari kena belasah ngan Tokin. At last aku yang jadi mangsa keganasan Tokin yang x bertempat tu..sob3..


Pas kena cakaq tu, terus aku masuk bilik. Malu. Ramai jugak budak blok aku yang bukak pintu, sebab terkejut dengar aku menjerit.

Bila dah masuk bilik, darah menitik2 kat lantai. Nasib baik ada rumate aku, berani orangnya.. Farah, junior aku. Dia yang lapkan darah & pujuk aku supaya berhenti menangis. Dia jugak yang pujuk aku pergi PKU (Pusat Kesihatan Universiti). Dia jugak la yang temankan aku naek bas g PKU, juga pujuk aku dalam bas sebab malu,,nangis dalam bas.

ni masa mula2 kena.. Farah yang tolong lap..huhu...ni bukan darah period k!!


Aku merayu2 kat doktor, jangan la jahit.. aku takut sangat.. seumur hidup aku x pernah luka sampai kena jahit. Aku selalu berdoa semoga dilindungi daripada kena jahit. Sungguh, aku takut sangat2. Pesakit2 lain pandang je aku nangis2 kat PKU tu. Aku tebalkan muka. Dah memang aku takut, nak wat camner..


Masa kena jahit, aku tutup muka dengan bantal kat PKU tu. . takut nak tengok. Tangan kanan pegang bantal, aku gigit jari tangan kiri supaya x menjerit.. cis, baru aku perasan aku gigit jari kiri..ptuihh!!! Sambil tu aku menangis lagi..tak ubah macam budak darjah 1 kena buli dengan budak darjah 6.

“ishh..malu la nangis macam budak kecik..” kata doktor. Huh, nasib baik ko yang tolong aku doktor, kalo tak dah lama aku cilikan mulut ko..


Pas kena jahit, doktor suruh aku pergi kat meja dia. Bajet aku senang2 je ke nak jalan..grrrr… dia nasihatkan aku jangan banyak berjalan, sebab takut kaki bengkak. Aku pun mintak la MC, sebab esok (hari ni) ada 3 kelas. Nak taw apa jawapan dia?

“alaa xpayah MC la..kamu kena cakar je pun, bukan kena gigit..”

Mana dia taw Tokin x gigit aku?grrrr.. sungguh aku langsung x faham, kenapa doktor kat U payah sangat nak bagi MC? Apa ganggu gaji dyorang ke kalo bagi MC??

Aku pun blah dari PKU, tunggu bas dari pukul 2 sampai 3.30.. nak gerak pun sakit. Lintas jalan macam kura2. Tunggu jalan clear dulu baru aku lintas. Masa tunggu bas, aku menangis lagi. Tapi kali ni nangis cover2 sebab ramai orang…huhu

Sampai je kat bilik,,aku tido pas makan ubat. Sakitnya makin menjadik-jadik. Giler sakit. 

Aku cuba tido, doktor pesan kaki tu kena letak atas bantal. Punya la payah nak tido.. sebab sakit. 1st time aku rasa macam ni. Siyes. Bila dah boleh tido, aku terjaga pulak. Sebab darah dah meleleh kat bantal. Terus aku gtaw kawan2 aku, nak taw normal ke jadi macam ni..

Setiap "scene" yang aku citer lam n3 ni, semuanya aku menangis..huhu memang membazir!!

Tak lama lepas tu, Masyi datang bilik aku. Papah aku pergi bilik air. Kaki aku makin sakit. Then Mimi sampai.. dyorang yang tolong cuci luka aku, then letak ubat sapu. Huhu aku takut nak letak sendiri. Nak tengok luka tu pun aku takut sebenarnya.. tu pun ada orang still xpuas hati sebab aku xjadi doktor..waddafish..?


Fiey datang masa Masyi n Mimi tengah balut luka aku. Fiey yang tolong cuci darah kat kerusi.


Ni pas aku balik bilik..tQ Fie yang sudi cuci semua ni..sob3~

Pastu ada la kawan2 yang datang melawat. Kak Cu MeOw, Kak Una, Kak Fizah, Kak Aina, CT.. tqvm!!
Nasib baik ada kawan kannn…

tQ semua yang sudi datang melawat..

tQ masyi, mimi, fi, kak cu yang banyak tolong elly.. tolong beli makanan, tolong ambik air kat ely…tolong cuci luka..tolong gtaw lecturer..

tQ kak una sebab ajaq aku solat cara duduk.. masa sekolah dah penah belajar, tapi xpernah amal..huhu

tQ tuan sebab bagi moral sapot…

tQ jwa sb sudi reply mesej aku..

tQ semua.. tQ Tokin sebab cakaq adek..grrrr….adek xmo kawan Tokin dah,,sampai bila2!!! *tipu

Nie la Kiko..mangsa yang kononnya aku nak selamatkan..huhu
pic Tokin xde. aku dah ntaq pic dia kat Balai Polis..:p


malam, aku bagitau Achik.. 
aku tak gtaw abah n mama, aku xmo dyorang risau, plus, aku takut kena marah, plus, aku takut dyorang xbagi aku maen kucing lagi..huhu kalo dyorang yang larang, aku xleh ingkar..Y_Y

jawapan Achik..”ceh, lekeh betoi. Kena cakaq kucing pun sampai kena jahit..”

Hehe memang tu la jawapan yang aku nak dengar. Atlis dia tak risau…

UniMeOw: mesti ada hikmah semua ni terjadi..aku yakin..!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...