Suatu ketika dulu aku pernah berjanji dengan sum1 nak tunjukkan sajak khas buat dia nie…
& inilah doa setiap isktikharahku..:)
Ya Allah..
Jika dia yang terbaik untukku,,dekatkan dia padaku…
Cenderungkan hatiku untuk memilihnya..
Tetapkan jiwaku untuk menyayanginya kerana-Mu..
Dan redhai pilihanku ini…
Namun..
Seandainya dia bukan untukku,,jauhkan dirinya daripadaku..
Hindari diriku daripada memikirkannya..
Dan lindungi hatiku daripada mencintainya..
Tuhanku..
Aku bukanlah sesiapa tanpa-Mu..
Akulah hamba-Mu yang lemah,, yang hina…
Sedang Engkau Penciptaku,,yang Maha Bijaksana,,yang Maha Perkasa..
Tuhanku…
Aku tidak mengetahui apa-apa tanpa kehendak-Mu..
Aku jahil Ya Allah..
Sedang Engkau Maha Mengetahui..
Tuhanku..
Aku percaya dengan kehendak-Mu,,dengan setiap ketentuan-Mu..
Aku percaya semuanya adalah yang terbaik bagi hamba-Mu ini..
Ya Allah,,
Jika dia yang bisa meragut ketenangan jiwaku ketika bersama-Mu,,
Aku rela melepaskannya pergi..
Andai dia yang bakal mengganggu khusyukku ketika mengingati-Mu,,
Aku sanggup pergi dari hidupnya..
Sekiranya dia yang akan merampas cintaku pada-Mu,,
Tabahkan hatiku untuk melupakannya..
Tuhan,,
Aku bukanlah sesiapa tanpa-Mu..
Hidupku, matiku, jiwaku, diriku,,
Segalanya untuk-Mu..
Ku berserah pada-Mu ya Allah..
Cukuplah Engkau bagiku…
2 comments:
aku tau siapa beliau yang dimaksudkan...haha
moga dia terbaca entry ni...
malangnya org yg tuan hmba mksudkan itu tidak sama dgn siapa yg hamba maksudkan....kuang3...
Post a Comment