Adakah dengan mengetag, mengomen dan mengewish bday anda telah menunjukkan yang saya tergila2 pada anda? Perlukah saya menghadiahi cermin pada anda?
Ni status fb aku, masa sem lepas. Status ni ditujukan khas buat seseorang, W (bukan huruf sebenar) yang perasan aku teringinkan dia.
Macam mana aku boleh kata camtu? Hahahahaahahahahahaaha…jap, nak gelak dulu before citer.
Boleh bayangkan tak, W ni,,setiap kali jumpa aku, dia akan buat pelbagai aksi romantik dengan M (memang huruf sebenar). M tu pompuan la, besfren si W ni. Kawan aku jugak.
Hahahahaha nampak sangat kowt dyorang just berlakon. Maybe dyorang nampak aku ni macam budak tadika, tapi kalo dyorang anggap dyorang bleh tipu aku macam budak tadika, sorry la beb..korang silap orang! J
Aku tak nampak langsung riak malu2 M bila dengan W. Dan lakonan dyorang siyes over2! Haha,,nampak benor nipunye.. tapi takpelah, oleh kerana dyorang bersungguh2 berlakon, aku pun join berlakon sekali la. Aku pun buat2 la percaya..muahaha~
Maybe si W ingat aku tingin sangat kat dia, sampai dia terpaksa buat2 bercinta dengan besfren sendiri depan aku..dengan harapan aku givup dengan dia..(owh,very taklehblah!) tapi takpelah, aku doakan semoga dyorang ada jodoh sungguh, amin.. J
Okey, berbalik kepada citer asal. Setelah aku mengepost status tu, maka ramailah fren akuyang mengomen. Yang aku takleh lupanya, ada sorang fren ni komen “macam biasa, ayat berbisa dari Ayuni”
Huhu komen dia tu buat aku terfikir, laser sangat ke aku ni?
Pikir punye pikir..jawapan bagi persoalan aku tadi ialah…YA! Aku memang laser! :D tapiiiiiiiii……………..aku hanya laser pada orang yang “ada hal” dengan aku sahaja. Mungkin dia dah saketkan ati aku, fmly or kawan2 aku, maybe dia tunggu pengajaran dari aku, maybe dia buat samting kat kucing2…haaa….
Aku takkan laser dengan orang yang takde hal dengan aku.
Jadi, kepada sesiapa yang telah terkena ayat laser aku, terlebih dahulu aku mintak maaf. Sorry sangat2, tapi sambil2 tu pikir la ye apa yang tlah wat aku terasa.
Tapi siyesli, pas aku memberi dengan ikhlas ayat2 laser aku, aku langsung takde dendam ngan korang. Bila aku berjaya bagi ayat berbisa tu, bagi aku kira setel la hal aku ngan ko. Ko dah sakitkan ati aku sekali, aku balas balik dengan ayat2 pedas. Satu sama, kira seri la. Takde maknenye aku nak dendam2, it’s not me k~ (korang/ko yang dimaksudkan di sini bermaksud orang2 yang dah terkena ayat pedas aku je k..hehe)
Kesimpulannya (ni betul2 berangan nak jadi cikgu BM dah ni..haha), aku hanya laser pada orang yang kuang hasam sahaja. Aku akan cuba mengurangkan laser aku ni dan berlapang dada, insya Allah. Yela, sampai bila nak buat perangai kanak2 ni kan..haha tapi korang jangan harap perubahan aku dalam masa terdekat, aku tak sebaik itu~
UniMeOw : jadilah pemaaf seperti kucing, Uni..
1 comment:
laser!!!!..sikit la
Post a Comment