Hello semua~~ pekabo?
Hari ni blog ini akan dikuasai sepenuhnya oleh saya, Eddy dan juga adik angkat merangkap girlfriend angkat saya, Nekochan…hehe
Hari ni blog ini akan dikuasai sepenuhnya oleh saya, Eddy dan juga adik angkat merangkap girlfriend angkat saya, Nekochan…hehe
Ok, hari ni kami nak berkongsi taktik2 mencuri yang berkesan! Sebelum memulakan acara perkongsian tips, eloklah sekiranya kami berkongsi pengalaman terlebih dahulu.
Kami suka mencuri ikan, tak kisah la ikan rebus ke, ikan goreng ke, ikan tak masak lagi ke, semua kami rembat! Yang penting ikan.. kami tak kisah kalau terkantoi dengan UniMeOw tu, sebab kalau dia nampak pun, suara dia je lebih..mulut tak henti2 beletiaQ! Tapi hukumannya ringan je…hahahaha…hahahahaha….sikit lagi, hahahahaha…….uhuukkk!!tercekik tulang pulak…gelak kuat sangat..huk3… tapi kalau terkantoi dengan abah,,,siap la…..huhu
Tapi tu tak bermakna kami serik untuk mencuri..mencuri tetap menjadi kerjaya tetap kami…haha ok, berikut adalah tips2 untuk mencuri dengan berkesan:
· Mencuri semasa ahli keluarga tengah solat jemaah
Yeah, waktu inilah yang paling strategik untuk mencuri..haha…masa nie, semua orang asyik tengok sejadah je…takde sape pun yang beralih masa kami mencuri….tapi kena cepat! Bila dengar je suara abah (imam) bagi salam cepat2 turun meja tau…
· Hantar umpan
Ok, selalunya kami buat macam ni…masa tuan tengah sedap2 rehat, hantar sekor kawan dan menjadi manja secara melampau dengan tiba2 pada tuan. Contohnya, Nekochan tunggu di dapur, saya (Eddy) dihantar kepada UniMeOw dan mengendeng2 kat beliau. Uni akan berasa hairan dengan kemanjaan yang mendadak itu, tapi mestilah berasa gembira melayan Eddy…hah,,,pada masa itulah Nekochan akan mencuri! Tapi risiko yang paling besar ialah Nekochan makan bahagian saya tanpa tinggalkan sedikit pun!huwaaaaaa~
· Buat2 alim semasa tuan sedang masak
Yang nie lagi senang, tak perlu buat apa2. Kita hanya memerlukan hati yang tenang dan sedikit kesabaran. Tengok je tuan tengah masak apa kat dapur tu.. kemudian bersabarlah, tunggu hingga tuan bz. Haaa,,tunggu la dia kacau nasik ke hapa, waktu tu la kita boleh naik ke atas meja tanpa disedari! Hahahahaha~
· Tunggu tuan makan
Taktik ni hanya dibolehkan sekiranya tuan kita ada hobi makan nasik sambil membaca. Saya bertuah kerana mempunyai tuan jenis ini. Jangan risau, tunggu je beliau makan, bila matanya tepat memandang ke arah komik/novel/paper,,hah,apa lagi? ambik lauk sepantas mungkin! Bila dah masuk mulut kita, takkan dia nak lagi kan…hahahahaha~
· Pura2 sakit semasa berhampiran dapur
Yang nie pulak mestilah dipraktikkan setelah tuan siap memasak. Buat muka sehabis kesian seperti watak Pus inBut dalam citer Shrek tu sambil batuk2.. Dalam kes saya, Uni akan segera mendukung saya sambil bertanya “awat Di…(Di tu nama manja saya,,,ehem!) demam ka…alolo bucuk2..” pada masa ini, gunalah mata anda sebaiknya untuk menyeken (men+scan) lokasi2 lauk yang sudah dimasak. Kemudian, tunggu masa yang sesuai dan line yang clear, godeklah dapur untuk mencari semula lauk2 yang telah dikenalpasti lokasinya sebentar tadi..hahahahahaha~
Ok, ini sahaja yang boleh kami kongsikan hari ni. Cik UniMeOw tak kasi kami main lappy dia lama2..huhu… Buat kucing2 di luar sana, jangan ragu2 untuk mencuba taktik2 ini kerana ianya amat berkesan!
Selamat mencuba!!! :D
UniMeOw : siakap senohong gelama ikan duri, manjakan kucing lama2 mencuri! Ahaks~
4 comments:
ahaha..kat sini yg pakar bab2 camtu si Abg Ate2..;)
hehe..kat sini pulak si Peteh ancem boy, dia terer mencurik ikan dlm tudung saji dan dlm periuk lauk huhuu...
siap ada tutorial lagi ni..hehe
hehe biase r,,kalo x mencuri 2 bukan kucg la namanya...2 labi2..haha
Post a Comment