Monday 5 September 2011

Kesah Raya – aku, raya & macam2~


Sehari sebelum raya
·         Adeh,,,sehari suntuk masa aku habiskan dengan mencincang ayam dan daging! Haipppp~~(konon2 bergaya samurai..muahaha) macam biasa..ni la keja aku setiap kali raya.
·         Yang peliknya raya kali ni abah beli 3 ekoq ayam…huhu slalunya 2 ekoq ja…yang menjadi mangsa, aku la..mama bz buat ketupat..almaklum la,,anak bongsu dia ni mana reti balut ketupat palas..dah bertahun belajaq, xreti2 jugak… pas cincang ayam, daging pulak jadi mangsa ketajaman pisau aku…
·         B4 bukak posa terakhir tahun ni, aku sempat masak gulai ayam. Yang 3 ekoq tu…fuhh,,,express giler aku masak! Mama yang suruh cepat, sebab nak antaq kat kawan abah yang Cina tu…huhu
·         Pas solat maghrib, aku masak rendang daging pulak. Mama xsiap lagi balut ketupat. Aku lupa abah beli berapa kilo beras pulut..
  • dalam aku bizi2 kacau rendang tu la….berduyun2 manusia send sms raya kat aku…mesej cik najuwa kita je aku sempat reply..tu pun sebab xmo dia risau..huhu

·         Siap rendang, aku tanpa ragu2 lagi gtaw mama “adek nak tidoq”..huhu..dan sebelum tido itulah baru sempat aku mereply mesej kawan2…xsusah pun,,4ward je mana patut..x sempat aku reply semua aku dahzzzzzzzzzz…….

Raya 1
·         1st guest=pakcik aku, bersama 3 orang anaknya..
·         Anak2 pakcik (czen aku) telah menjadi jurulatih PLKN yang berjaya kerana berjaya melatih kucing2 aku berkawat dan melakukan rentas halangan!huhu….
·         Gulai yang aku masak xpress semalam basi! Mama cakap sebab aku tumis rempah dia kejap sangat….waaaa dah la 3ekoq ayam!!!! Nasib baik ada rendang..
·         Jiran aku datang. Masa aku keluar bawak minuman, semua mata terpaku ke arahku. Sebab aku xpakai baju raya. Slamber badak je aku pakai tshirt, kain batik, tudung lusuh,..hua3…ngan alasan, xnak baju kotor tyme hidang makanan..
·         Tyme bersalaman+bermaafan (fmly aku panggil upacara ni “beraya”), aku nangis. Ape lagi, si setan itam ngan setan putih* pun mula la upacara membuli adik…grrrr
walaupun buruk,pic ni je bleh  d'publish...yg laen cencored!!
ehehmmm....setran puteh memang kuat ngusik! setan itam snap pic...grrrr

·         Aku balik kampung, umah wan*..aku pakai la baju raya, kot2 nak berjalan mana2 kat kampung….last2 umah sape pon x g….grrrr…
·         Aku update status fb,say sory 2 sumer kawan2 n cikgu yang sms raya kat aku... xdapat reply, bz sangat. Line celcom kat umah ni wat hal sama…huhu

Raya 2
·         Ikut abah jalan2 g umah sedara mara dia (sedara aku jugakkk..) kat daerah Kubang Pasu n Perlis.
·         Asyik tdo dalam keta…ngantuk sangat…
·         Aku rasa nak g bako menara celcom..dah bpe hari aku send sms raya kat kawan2, x delivered2!!! Sampai bile nak pending?????!!!! Outbox aku penuh!! Satu sms pon xsend…
·         Czen aku perli “amboi femesnya dia tu….status fb dia tulis buat SEMUA kawan2 yg sms raya…macam la semua kawan2 dia send sms kat dia…macam la dia tu artis” hahaha…biar la,,,mulut manusia…lalala~

Raya 3
·         Ngah bizi2 kemas luar umah g, ada kawan dia nak datang..Perak mali…
·         Tengah hari, Najuwa send mesej ajak beraya umah kawan2..aku ni memang spesis liat keluar umah..lagipun baju xbasuh lagi…huhu
·         Kawan Ngah sampai..cepat2 aku cari tudung selekeh aku tu..haha agak bengang gak r mamat2 tu sampai waktu aku tengah basuh baju,jemur baju..
·         Tak lama pastu kawan2 chik pulak datang. 2 bijik keta..
·         Then ikha sampai, ngan Umi n adik dia…geng Ikha aku hidang dalam dapur je..huhu sori yer Ikha,,keadaan bagaikan dalam tongkang pecah masa tu..huhu
·         Bila Ikha balik,,,Najuwa sampai bersama gerombolannya..haha Aasma, Zimah n Mirah…
·         Najuwa bising2 aku pakai seluar tyme raya..banyak la ko Jwa,,,xde masa aku nak pakai kebaya serve orang!haha~ tp xpe,,mulut manusia xleh ditutup….mulut tempayan xpe r,,agak bising sikit kita leh tutup…kan Jwa  kan…hehe..:p
·         Dapat “hadiah istimewa” sebagai tanda persahabatan daripada Mirah…huhu lebam tangan Uni taw Mirah,,bukan men2 ni….betul~  tatau la nasib Ayg i camner…:p
·         Letih! Tapi hepi sebab atlis meriah gak umah aku..hehe tQ ek kawan2 yg sudi beraya umah aku….lebiu ol,,muah2!!
·         Jangan tanya bila aku nak g raya umah korang k…

Raya 4
·         Sedang aku menambah dosa dengan memaki hamun celcom, tetiber aku terfikir sesuatu…
·         Errr….patut la xleh send sms raya,,,,,,upanya aku xde kredit..hehe aku ingat sebab aku n network bz..lalalala~ patut la bpe hari sms aku send semua pending..adeh!!!!!!!
·         Hari ni aku betul2 xchat….cb,muntah2,demam….
·         Tengah hari, ikut Along g klinik..
·         Ermmmm bad mood betul bile x chat..tdo seharian…

Raya 5
·         Anjang datang dengan family dia..
·         Tengah hari petang, g kenduri. Aku yang x berapa sihat ni pun ikut jugak..saja nak layan budak2. Lagipun dah lama x makan kenduri..hehe
·         Ingat ke kenduri kawen, rupanya kenduri akikah…xpe la, aku bedal je sup daging ngan kentang…sedap!
·         Pastu mula la loya2….adeh!
·         Malam – pertama kali dengar orang maki hamun secara live…siyes! X sangka aku boleh dengar macam kat drama tu setelah aku umur 21 tahun..  yang sedihnya, orang yang dimaki tu ialah ibu dan saudara terdekatnya sendiri…Nauzubillah! Semoga manusia itu cepat2 bertaubat..amin..
·         Pulang dengan air mata yang bertakung di hati…
Raya 6
·         Zohor – abah, Angah, Achik & aku berjemaah. Tetiber dengar orang panggil Achik.. “Aiman…Aiman..”
·         Solat aku mula x khusyuk! Si pandai mana pulak mai umah x bagi salam…ape dia ingat ni zoo ke?
·         “sapa kawan kamu xreti bagi salam tu?” aku mula muncung sedepa.
“Chong la!”
Oooo,,,,,,,,,,,,,siam upanya…..adeh! tepuk dahi!
·         Kesihatan aku still kureng, aku pun pelik…dah bpe hari aku g klinik, selalu kejap je ok..hmmm
·         Angah cakap aku sengaja wat2 sakit sebab xmo balik u n sayang nak tinggal kucing…dem!! >_<

Raya 7
Dah2!!! Raya apa lagi…xkan nak tulis sampai sebulan kot…hmmmm….
Walaupun orang cakap raya 30 hari, aku ni xpayah la ngada2 nak raya sakan sangat..bukan puasa cukup 30 hari pun…

*jangan sensitif  dengan gelaran setan kat abang2 aku. Kami memang biasa samakan watak komik/novel/filem sesama kami…yang pasti semua orang dapat watak jahat/buruk/hodoh! Haha..
*wan=atuk. Orang utara panggil atuk tu “tok wan”, nenek  tu kami panggil “tok”. Jangan konpius k…;)

UniMeOw: maaf n3 ni panjang.. Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat semua!!! xoxo~


p/s:aku ingat dah lama publish...rupanya aku save kat draft jer..adeh~~~
p/s/lagi:pic x banyak,,achik x transfer dari nset dia lg..kamera osak..sob3~



 
       





5 comments:

meowwmania said...

meriahnya raya :)

slmt hari raya, maaf zahir batin juga..

siti najuwa said...

yeah! sayang rupanya hg kt aku...
reply aku saja! kelas nyah! hohoho

UniMeOw said...

meow2:tetap x semeriah zaman kanak2 lu..huhu

jwa:yela,,,org len sume send sms raya,,ang sorg ja send msj lagu tu..mn ak x risau..huhu

siti najuwa said...

hahaha..aku kn pelik dari yang lain...mau tau la...sbb msg aku lagu 2 la wtkan hg reply kn...kalo msg raya segala bagai 2 konfem x reply...hahaha
mereka2 yag memsg anda SEWAJIBNYA jeles dgn saya ya! betapa PENTINGNYA aku dalam hidup hg..hahahaha

UniMeOw said...

haha dpa tarak nak jeles aih...
ak bkn org pnting lam idop dpa..hahahaha~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...