Tuesday, 13 November 2012

Selamat Pengantin Baru Kak Lah


*citer nie dah basi tapi aku nak citer gak..wakakaka

10/11/12 ritu, aku g kenduri kat umah Kak Ngah. Kat Telaga Mas. Aku redah sorang2 je, dengan xtaw jalannye..huhu

Redah punya redah, berenti tanya kat kedai runcit, tanya pakcik yang tengah lepak2 ngan bini dia kat beranda umah, akhirnya sampai jugak..alhamdulillah..

Masa sampai umah kenduri, aku konpius nak masuk belah mana. Nasib baik Ayah nampak & cam aku. Terus dia panggil.

Bila datang sini, semua adik-beradik kenal aku. Bila tau aku ni Ayuni, yang pompuan pakat peluk cium aku. Sayangnya, tak semua aku kenal…huhu

Yang muda2 ramai yang tanya, “adik dah habeh study belum?”
Yang tua2 ramai yang tanya, “ni dah kawen belom?”
Hadeh! Tepuk dahi. Muka suci murni macam ni pun nampak macam bini orang ke? *macam la kalo dah kawen muka x suci kan..haha

Sebenarnya, keluarga ni la yang mengasuh aku waktu kecik. Aku penah citer, betapa menyesalnya aku sebab tak cium arwah mak buat kali terakhir dulu, & ni la keluarganya. Ayah, arwah mak, kak syima, kak ngah & kak lah.

Aku memang anggap dyorang ni macam keluarga sendiri. Bayangkan la, dari aku umo beberapa bulan dyorang dah jaga aku, sampai la aku masuk darjah 1.

Aku ingat lagi, mak layan aku betul2 macam anak dia sendiri.

Macam mana dia marah anak dia, macam tu la dia marah aku.

Dia lebih kerap suap aku berbanding anak-anak dia sendiri (sebab anak2 dia dah besar..hehe)

Dia yang pakaikan aku baju..bawak aku gi mana2..(Y_Y)

Dengan ayah yang suka mengusik..

Kak syima yang selalu kata aku ni “cakap pandai..”

Kak ngah yang tegas..

Kak Lah yang selalu main dengan aku..

Haha..

belakang kak ngah,depan kak syima


kak lah ikut muka arwah mak.. :'>


Masa ni kami berkumpul balik..<3

Tapi aku gi kenduri ni kejap je..

Bila pengantin laki sampai, aku snap pic 4 5 keping, terus mintak diri.


….

*lupa nak mek gambaq ayah!!haippppp~

UniMeOw: keluarga dunia akhirat! >_<

7 comments:

Syaifuddin Alias said...

awok bila lagi nak kawen..haha..

UniMeOw said...

sy kanak2 lg..haha

http://wonderfurrworld.blogspot.com/ said...

bestnyer ade 2 family...wlupun bkn family kandung, sure meriah kan..? hehehe

UniMeOw said...

meriah sgt2~~~ <3

:D

antara said...

kak lah dah sudah. ni kak yg punya blog ni bila laaak... :p ekeke

IntaNBerliaN said...

selamat pengantin baru.. mg kekl hgga akhr hayat...

UniMeOw said...

aan:lambat lg kot..haha

kak intan:amin...tq :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...