Monday, 25 February 2013

No Title Entry



Aku baru balik dari blog Deno & Zoey Zauyah..(sori Siti, dah biasa panggil Zoey Zauyah..uhukkk)

Persamaan antara dua orang ni adalah kedua2nya menghidap penyakit. Penyakit yang berbeza la.. kalo nak tahu penyakit apa, silalah melawat dyorang yer..

Dan lagi satu persamaan dyorang ialah, dua2 sangat tabah! Series.. dua2 optimis. Aku kagum sangat2..

Aku pernah kecewa. Kecewa hingga buat aku rasa nak mati. 

Kalau tak kerana aku ingat aku masih ada Allah, tak mustahil waktu tu aku tamatkan hidup aku sendiri sebab terlalu kecewa. Astaghfirullah…

Tapi bila aku tengok betapa dyorang menghargai hidup ini, betapa dyorang bersyukurnya dengan setiap peluang bernafas yang Allah bagi…masya-Allah.. rasa malu sangat. 

Aku baru kena uji sikit, dah xmau hidup. Sedangkan betapa ramai lagi manusia berharap untuk hidup. Malunya… betapa banyaknya nikmat yang Allah bagi kat aku, tapi yang Dia tarik balik tu jugak yang aku ingat. Nampak sangat aku ni tak bersyukur. Astaghfirullah..

Rupanya, hidup ni terlalu singkat untuk bersedih. Sebelum kita berhenti bernafas, nikmatilah hidup ini sebaik2nya.. jangan hanya melihat kehilangan, sedangkan banyak lagi anugerah yang Allah kurniakan kat kita setiap hari, setiap detik, setiap saat.. Alhamdulillah ya Allah… (^_^)



Buat Siti & Deno, semoga terus tabah & sabar. Semoga cepat sembuh.
& terima kasih kerana buat Uni lebih menghargai kehidupan. Alhamdulillah..

UniMeOw: cukup sampai di sini saja..

8 comments:

hafiz hafizol said...

xde manusia yg terlepas dr masalah laaa.. sy pun skrg nie ada mslh besar.. hoho... tapi still bersabar dan ingat Allah sentiasa di sisi menemani :)

C.T.K said...

senyum slagi masih ade gigi..hehehe..kite semua ade mslh...smoga kita sntiasa berpikir dan muhasabah diri ok :D

Liza Razak said...

hidup ni kena selalu tabah dan happy :)

deno said...

thanks dear... :')

UniMeOw said...

hafiz:ye betolll...:)

ctk:ce senyum tengok..ada gg ke x?hik3..

UniMeOw said...

liza:erm,,betul..uni sdg tabah la ni..eheh :p

deno:no prob...:)

Cinta Misteri said...

speechless bila melihat ketabahan insan lain. jd, kita yg punya segalanya kenalah bersyukur dn pandanglah pd org2 yg tk bernasib baik. ujian utk mereka juga adalah ujian utk kita....

UniMeOw said...

ye..alhamdulillahi ala kulli haal...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...