Sunday, 6 January 2013

Saat yang Bahagia, Datang Sekejap Saja

Pada satu hari yang indah lagi damai, sedang aku menuju ke arah Masyi yang sedang menungguku dengan kesabaran yang semakin menipis, tiba-tiba aku ternampak seekor ibu kucing bersama dua ekor anaknya.

Ini dia..
 
 
Tokin (bapak), Tompok (ibu), Totoro (itam kecik), Yuki (anak mak dia)




Setelah berkenalan dengan mereka, aku berasa sungguh gembira. Hidupku di sini bagai dihiasi pelangi yang amat indah. Setiap masa hatiku rindu untuk bersama mereka. Tiada detik yang berlalu tanpa rasa sayang di hati ini untuk mereka. (ngok punye ayat!! haipppp~)

  Totoro & Yuki <3



Namun..ku sangka panas hingga ke petang, rupanya petir di maghrib hari.. (eheh??!!)
Hari ni, dengan hati berbunga rindu aku pergi mencari mereka.
“Tompokkk…tompokkkk~~”
Kelibat Tompok tidak kelihatan. Babynya apatah lagi.
“Babyyyyy….baby~~~”
Xdatang jugak. Selalunya kalo diseru dipanggil macam ni, memang akan menjelmalah wajah2 cute mereka tu..
Huhu…cedih la~~~ mana dyekor pergi..????
Aku tanya  penghuni2 bilik terdekat dengan port mereka, sorang pun tak tahu.
Tanya makcik cleaner, jawapan yang sama diterima.
Mana Tompok, Totoro & Yuki?
Cayang2ku, kalau kekor (kata ganti bagi korang) baca post ni, (bukankah dyekor buta huruf?) pulanglah nakkk… Mama merayu~~~ xpe,,mama xmarah Tompok dapat baby tanpa mama tahu bila tarikh pernikahan Tompok. Mama dah lama maafkan Tompok. Mama memang paham sangat dah ngan perangai abang Tokin kamu tu..Mama sayang Tompok tawwww…
“Pulanglah cayang…” lafaz yang bergema berulang2 di hatiku.
Makanan yang telah dibeli di kafe tadi dipandang sepi..yela,takkan aku nak makan lak kan..haha


entry terteruk aku abad ini. hahahahahaha


UniMeOw: boleh je kalau aku nak kejam.. Tapi aku tak sampai hati.


Saturday, 5 January 2013

Juliana Banos: Cinta Gila

Ku ke kiri kau ke kanan
Ku di belakang kau dihadapan
Bila ku marah engkau ketawa
Dengan selamba engkau berkata
Kita berdua jauh berbeza
Langit dan bumi tapi serasi
Ku cintaimu kau cintaiku
Itu saja yang perlu kau ku tahu


Kuharap bicara cinta
Kau cerita tentang bola
Ku ingin bersiar-siar
Dikau baca surat khabar
Bila ku terus keluar
Kau tertidur tidak sedar
Ku pulang rumah jam tiga
Kau pula cemburu buta

Sepelik-pelik manusia
Oh! Dikau mengatasinya
Dan mungkin ku juga gila
Kerana masih bersama
Tapi mungkin kerna itu
Ku tertarik kepadamu
Biarlah orang mengata
Cinta kita cinta gila

Ah ah
Cinta kita
Cinta gila

Na na na na cinta gila

Itu saja yang perlu kau ku tahu...

Ku cintamu kau cintaiku
Cinta kita cinta gila


UniMeOw : persamaan buat kita serasi, perbezaan buat kita saling melengkapi..
dan keduanya dapat disatukan oleh satu perasaan.. ;)
 



Monday, 31 December 2012

Good Bye 2012


Ikhlas dari hati, sebenarnya aku pun xtau nak tulis pe..idea tu banyak, tapi bila menghadap ruangan “new post” ni, tetiber je otak menjadi blank tanpa dipinta..huhu

Lagi lebih kurang 2 jam, kita semua akan mengucapkan babai kat tahun 2012. Siapa sangka, kejap je kan?? Aku pun macam tak percaya tak lama lagi aku bakal berumur 23 tahun. Rasa macam x puas lagi maen masak2…huhu

Sebut pasal tahun baru, orang mesti kaitkan dengan azam. Siyesly, aku x ingat pe azam aku tahun 2012..bagus tak bagus tak bagus tak???? 

Azam tahun baru lak….hmmmm…ape ek.. malu ah nak cakap..sebab aku ni tau azam je,,nak buatnye tak reti2..huhu (habis tu pe motif aku tulis kat sini???haipppp~)



Dah la,,xmau merapu sal azam yang xnah kesampaian tu..donia je semua tu..haha 

Meh aku nak cter sal Kikin..wat pengetahuan u’olllssss… Kikin dah dapat baby!!!! (sila baca dengan nada yang ceria seolah2 memenangi set mekap bernilai RM5000) :D 

Tapi elok la sangat, lagi 17 hari kami akan cuti sem. Aku penah la jugak datang u masa cuti, sebab join program. & siyesly, keadaan u ni bila cuti amat amat amat amat amat la menyedihkan. Kucing nak minum air pun susah. Sebab xde orang. Nak makan lagi la sadis. (Y_Y) cmner la keadaan Kikin nanti..dah la ada baby lagi..

 
Jangan sesaper bagi cadangan aku bawak balik dia ke umah. Kucing kat umah pun pagi petang siang malam asyik berperang. Mengalahkan Palestin dah aku tengok. Kalau ditambah lagi mak+baby2 ni, memang maw meletup la umah aku..huhu nauzubillah!

Lagipun aku xde umah sebenarnya. Ada pun abah punya.. so kalo tuan umah dah bagi amaran keras jangan wak balik kucing, siapa la aku ni nak membantah. Pengalaman lalu buat aku insaf. Huhu.. tak sanggup menghadapi sad ending lagi. Sob3~~

Sempena cuti sem ni, aku bz mencari resipi2 mudah untuk dicuba semasa cuti. So sape yang ada resipi or nak share resipi2 bes, sila tinggalkan link untuk diterjah. Kerjasama anda amatlah dihargai.
ok bai. 

(entry aku xde kesimpulan…hahahahaha..penah ke ada? Hadeh…)

UniMeOw: serba salah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...