Sunday, 30 October 2011

Angahku yang sengal~ :D


Kes Kesengalan 1

Aku sedang leka membasuh pinggan di dapur. Yela, kalau bukan di dapur takkan di lapangan terbang pulak kan..


Tiba2 telingaku menangkap satu bunyi yang amat aneh bagi deria pendengaranku. Bunyi kerusi bergerak sendiri! Ermm ni mesti kerja Eddy! Mamat ni bab2 mencuri memang no satu! Grrr..

Cepat2 aku toleh belakang, ke arah meja makan buruk tak-berapa-nak-lawa itu terletak. Eh,,takde siapa pun..?!

hoi,,aku tengah tido la..pehal lak aku yg kena tuduh?? -Eddy-

Kerusi bergerak lagi, tapi tiada sesiapa pun di situ, hanya aku dan pinggan mangkuk sahaja yang ada di dapur. Alamak, bulu romaku tegak berdiri, persis menyanyi lagu Negaraku masa zaman sekolah. Aku telan liur, seboleh mungkin cuba berlagak tenang walaupun dalam hati dah kecut perut, ketaq kepala lutut, hanya Tuhan yang tahu.

“Muahahahahaahahahahahaahahahahahahaha”

“Kambeng Ngah ni!!” aku sengaja menarik muncung panjang sebatu sedepa apabila melihat Angahku ketawa bagai nak gila. Grrrr!!! Sebenarnya nak cover malu sebab dah takut bagai nak rak tadi..hehe

Sanggup mamat ni merangkak bawah meja makan semata2 untuk mengusik adiknya yang baik ni..??

Ketepuakkkk!!! Bunyi hentukan yang cukup membuatkan ususku terasa bagai nak terbelit. Aduhhhhhh….Angahku terhantuk pada meja kerana ketawa tanpa henti ketika mahu bangun.

Padan muka! Hahahaha…Tuhan bayar cash!


Kes Kesengalan 2

Nada dering handsetku berbunyi menandakan mesej masuk. Aku segera membuka mesej yang baru diterima.

Hmm,,daripada Angah! Angah berada berjauhan dari aku pada masa itu.

“May Allah’s love walk before u, problems stay away from u, true friends stand beside u, and love surrounds u. May Allah bless u today and always..;)”

Fuhh terharu giler..Angahku yang sengal, yang selalu usik aku selama ni,,mendoakan aku! X sangka kan…

Handset berbunyi lagi, tanda adanya mesej baru.

Hmmmm mesej ni betul2 buat peluh besar menitik di kepalaku, macam dalam manga jepun tu..

Mesej kedua berbunyi begini: “Adeq,,mesej yang tadi tu apa maksud dia? Translate sat, ada awek send kat Ngah..hehe jangan habaq mama tau!”

Owh Angahku…. Y_Y


Kes Kesengalan 3

“Adik, kakak suruh jemoq baju yang dia dah basuh tu..” kata abah kepadaku.

Adeh…ni yang aku malas ni. Kakak pergi kursus kat KL 3 hari. Aku mula mencari jalan, macam mana nak setel kerja yang aku malas nak buat ni..

Tiba2 Angah melintas di depanku. Hehehe..aku mula ketawa jahat..idea!

“Ngah…tolong jemoq baju kakak sattt…adik tengah bagi kucing makan ni..” kataku sambil membuat muka sehabis kesian.

“yelah2!!” tanpa banyak soal Angah bersetuju.. hehe syok jugak sekali-sekala kenakan abang ni..bila lagi kan…:p

X lama lepas tu, aku nampak Angah sedang bancuh air.

“Ngah,,milo 1!! Susu banyak yea!” aku mengoder seolah2 sedang berada di kedai mamak. Dengan tujuan  bergurau….takdenye mamat ni nak bancuh air kat aku…heh!

“Milo siap!”

Terkesima aku seketika. Biaq betoi abang aku sorang ni? Bancuh air kat aku…??!! :o

“yeyyyyy Ngah nsem!!”

“heh,,,jangan dok bodek sangat dik..Ngah tibai Eddy satgi..”

Hehe…aku ketawa kecil sambil menikmati milo. Minum milo anda jadi sehat dan kuat! :D

Selang beberapa minit pastu….

“adek2,,baca ni!” kata Angah seraya memberi handsetnya kepadaku.

Once again, mesej yang tertera berbunyik begini:

“adek2, pinjam RM30,, satgi Ngah nak p LostaQ. Jumpa awek..eh tak2,,jumpa kawan…jangan habaQ orang na..nanti Ngah bayaQ la balik..hehe..”

Mesej yang dia tulis khas untuk aku baca…(dia terpaksa tulis kat nset bagi mengelakkan abah taw..)


Oooooooooo patut la baek semacam!! Memang sengal la abang aku neyh!!! >_<

Dan pada tengah hari yang indah itu, terbanglah duit aku RM 30..Y_Y

UniMeOw: naseb baek adek dia nie lemah lembut, baik hati dan sopan santun..eheh….:p
ni la Angah! eheh,,x nampak muka ek...sat2..




3 Jeff: dari kiri Jafri (Angah), Jaafar (En. Abah..hehe) & Jafni Aiman (Achik)

7 comments:

meowwmania said...

hehe...

Anonymous said...

super sengal angah ne..

-ika

UniMeOw said...

MM:hoho...:p

ikha:naseb baek adek dya x sengal..ahaks~

Anonymous said...

haha lawak la abg uni ni...

-nia

Anonymous said...

nanti tgu la adek balik,,
ngah nak wat lg pyk kesengalan..hahahaha

-ngah sengal

hahahahahahaha...

Misz Maiza said...

wakakaka... dasyat2.. hehehe :DDD

Unknown said...

Hah...apakah ini benar atau rekaan..?? haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...