Monday 5 November 2012

Gimana bisa?!


Aku masih ingat pertemuan pertama kami. Sungguh, aku benci dengan karakternya yang angkuh. Ya, dia.

“saya Saidatul Azwinda bt Daud. Ermmm saya tak la suka sangat pindah ke sekolah ni, boleh pindah ni pun sebab ayah suruh. Prinsip hidup saya mudah, selagi saya tak kacau sesaper, sesaper pun tak payah nak kacau saya.”

Ucapan pertamanya. Penuh dengan kesombongan. Dan itulah kali pertama aku mendengar suaranya yang tak merdu itu. Ucapan ini sudah cukup untuk membuatkan aku mencebik bibir. Meluat!


Masa berlalu, aku jarang sekali bercakap dengan Azwinda. Kalau bercakap pun hanya atas urusan tertentu, urusan yang biasanya memerlukan aku untuk berkerjasama dengannya tanpa rela. Tapi aku lihat dia biasa-biasa sahaja. Tidak menunjukkan sebarang perasaan setiap kali berkerja denganku. Tidak kelihatan suka, tidak kelihatan benci.

Dalam diam, aku masih menyimpan rasa kurang senang dengannya. Tetapi tidak pernah pula aku tunjuk perasaan itu. Benci dalam hati sudahlah. Kalau ditunjuk nanti jadi cerita lain pulak. Orang perempuan ni bukan boleh, emosi lebih.


Perasaan benci pada Azwinda tetap ada sehinggalah kami belajar di tingkatan 5. Perasaanku ini berubah 100% kerana satu peristiwa. Aku ternampak Azwinda berjalan seorang diri semasa keluar dari tusyen. Kami mengambil kelas tusyen swasta yang berbeza tetapi jaraknya hanya selang satu bangunan.

Wajah gadis itu aku perhatikan dalam diam. Selamba. Dengan pakaiannya yang selekeh, tidak pernah melaram seperti rakan-rakan perempuan kami yang lain. Apabila hendak melintas jalan, aku lihat dia memimpin seorang perempuan tua yang berjalan perlahan. Sangat perlahan. Mungkin sakit kaki. Aku tidak peduli dengan orang tua itu. Subjek yang menjadi fokus pada mataku hanyalah Azwinda, pompuan kerek tu.


Kejadian ini menarik minat aku untuk selalu mengikut Azwinda dalam diam. Perasaan benci, meluat dan menyampah semakin pudar dan diganti pula dengan rasa kagum. Rasa ingin tahu tentangnya semakin hari semakin menebal di hati ini. Apakah aku telah…. Ah, tak mungkin! Dah la selekeh, kerek, belagak. Takkanlah… berkali-kali aku menafikan perasaan yang mungkin telah singgah di kalbuku ini.



“Lan, jom la lepak food court macam selalu.”

“korang pegi la dulu. Aku ada hal sikit la..” aku cuba mengelak ajakan Kamal.

“ada hal, ada hal.. tak habis2 dengan hal ko tuh! “ celah Azim pula.

Aku buat muka kering. Tak boleh dilayan budak2 ni. Kang makin teruk la aku kena.

“ala..ko tak tau ke Zim, si Lan ni sekarang dah angau. Sebab tu la dia dah taknak lepak2 dengan kita dah lepas tusyen.” Din menyampuk.

Aku hanya mendengar tawa mereka tanpa reaksi. Azim pula tak henti2 menepuk bahu aku, konon nak bagi semangat la tu. Huh!

“aku blah dulu la. Hal aku tu tak menunggu tau!”

“oi2,,takkan usik sikit pun dah nak merajuk?! Apa la mat bunga ni..”

“sensitip!”

Mereka menyambung tawa di saat aku mengangkat kaki dan pergi dari situ. Aku tak peduli. Urusanku ini lebih penting. Azwinda! Aku tak sanggup menahan rindu sekiranya tidak bertemu dengannya hari ini. Walau aku kerap menafikan perasaan yang hadir ini, perbuatanku sering kali tidak seiring dengan fikiranku.



Langkah kaki aku percepatkan agar tidak terlepas daripada mencari dia. Jumpa!

Kali ini aku lihat dia berjalan dengan dua orang rakannya. Kedua-duanya tidak aku kenali. Mungkin dari sekolah lain.

Aku mengikut dari belakang. Berhati-hati, agar tidak dikesan. Selama tiga minggu aku mengekorinya, jejakku tidak pernah lagi dapat dihidu.

Apabila melalui jejantas yang sentiasa dipenuhi oleh peminta sedekah, tiba-tiba Azwinda memperlahankan langkah. Sengaja membiarkan rakan-rakannya berjalan dahulu.

Azwinda kulihat segera mengeluarkan wang yang seolah-olah memang telah disediakan untuk tujuan itu. Bersedekah. Tanpa disedari oleh rakan-rakannya yang sedang leka berborak sambil berjalan, Azwinda memasukkan helaian wang biru kepada setiap peminta sedekah yang ada di situ.

Aku telan liur. Bermuhasabah seketika. Kenapa aku tidak pernah terfikir untuk melakukan ini semua?

Getaran di dada segera ku tahan. Perasaan ini bagai arus elektrik yang sentiasa mengalir akibat kehilangan suisnya. Tanpa henti.

Awin.. kenapa hatimu begitu mulia? Kenapa kau melakukan semua ini? Siapa kau sebenarnya? Dan soalan yang paling menggusarkan ketenanganku…kenapa kau buat aku jatuh cinta?



Sekarang aku sudah advance. Berani berSMS dengan Azwinda. Tapi semua ini aku rahsiakan daripada rakan2. Layanannya aneh. Tidak seperti perempuan lain. Berkawan dengannya buat aku rasa seperti berkawan dengan lelaki. Kadang2 dia balas SMS aku, kadang2 SMS yang aku kirimkan dipandang dingin. Tapi aku tidak pernah putus asa. Mengucapkan selamat pagi dan selamat malam tanpa jemu.



Di sekolah, aku lihat Azwinda tidak berubah apa-apa. Masih sama seperti biasa. Selekeh. Pernah aku lihat dia bermain futsal di padang. Di saat pelajar-pelajar perempuan merungut kerana terpaksa membawa baju sukan, Azwinda tanpa sebarang rungutan dengan selamba saja telah berada di padang bersama-sama pelajar lelaki.

Sah! Pompuan ni memang gila!

Kadang-kadang ku lihat Azwinda bertengkar dengan Joe, budak kelas kami yang selalu membuli budak-budak perempuan. Pernah juga mereka bergaduh hingga sepak terajang. Tak dapat aku lupa babak Azwinda menendang perut Joe. Dan semua pergaduhan itu terhenti secara automatik apabila bunyi tapak kasut Ustazah Fatimah yang terkenal dengan “cubitan berbisa”nya kedengaran.

Sejak terjadinya peristiwa itu, aku sedar perubahan dalam diri Joe. Walaupun masih selalu membuli, Joe kerap kali mencuri pandang ke arah Azwinda dalam diam. Aku sedar itu. Dan setiap kali perbuatan Joe itu aku sedari, ada satu rasa cemburu yang mengalir di setiap urat sarafku. Ah, parah!



“bagitau je la..kronik dah aku tengok ko ni!” lamunanku tercantas dengan teguran Azim yang mendadak itu.

“ko giler ke hapa?! Kang dia dah taknak kawan langsung dengan aku kang..” aku meluahkan kegusaran hati.

“takper. Bukan aku suruh ko mintak pape dengan dia. Aku suruh ko gitau je perasaan ko tu kat dia. Makin hari aku tengok makin parah dah ko nie..”

“erk..ko nampak ke?”

“Nampak. Clear!”

Aku telan liur. Ketara sangat ke?

“errr…Kamal ngan Din tau?”

“Ntah. Ko bajet mamat2 playboy tu kesah kalo dyorang tau pun?!”

“hehe..tak kesah ke..errr..kena gitau ke ni..”

“gitau je la.. daripada ko pendam sorang2.”



Terpengaruh dengan saranan Azim, malam itu aku seolah-olah berlatih menulis karangan untuk SPM. Malah lebih dahsyat dari itu. Setiap ejaan perkataan aku pastikan betul. Sebarang kesilapan akan menghasilkan kertas yang dironyok dan dibuang ke dalam tong sampah. Dalam debaran aku mencurahkan segala perasaan yang menyesakkan dada ini ke atas kertas.

Esoknya, warkah itu selamat berada di dalam laci meja Azwinda.



Hari berganti hari. Aku masih menanti balasan surat daripadanya. Dan sepanjang tempoh itu, dia melayan aku seperti biasa. Jarang bercakap, kalau bertentang mata pun dia tidak pernah memberi sebarang reaksi. Selamba.

Kadang-kadang aku menyesali perasaan ini. Kenapa la aku boleh jatuh cinta dengan pompuan gila tuh?




Minggu berikutnya, aku menerima balasan yang ditunggu-tunggu.
Membaca mukadimahnya sahaja sudah cukup untuk membuat aku tersenyum sendiri.

Waalaikummussalam wbt. (ni surat balasan, so kena balas je la pe yang ko tulis..hehe)
Muhammad Rizlan Fariz bin Azmi, (apasal la panjang bebenor nama ko nie,,heh!)

1st of ol, aku nak ko tau, ko dah wat aku rasa macam nak demam dengan bagi aku surat puaka cinta ko tu. Makaseh bebanyak..grrrr…

Aku tak marah pun.

Ya, ko memang pengecut sebab juz bagi surat. Camner pun aku nak berterima kaseh gak ar sebab atlis ko tak terus terang depan aku. Bukan pe, ko bagi surat ni pun dah nak wat aku demam, kalo ko cakap terus terang, tak mustahil aku leh pengsan..hadeh!

Masa aku baca surat ko, aku gelisah sangat2. Siyes! Makaseh la lagi sekali sebab berjaya meragut rumput ketenangan aku ni…grrrr…

Haha..pompuan ni memang gila! Ada ke pulak meragut rumput dia kata aku! Ingat aku lembu ke? Aku menyambung bacaan..

Oleh kerana hati aku ni rasa tak tenang, aku segera berwuduk. Meminta petunjuk daripada-Nya. Orang kata, kalau kita nak cakap sesuatu dengan Allah, tunaikanlah solat. Dan berdoa. & bila kita nak Dia “bercakap” dengan kita, bacalah Al-Quran, kerana kita sedang membaca firman-Nya.

Petang itu, aku menyambung bacaan al-Quran yang ku tinggalkan ketika Subuh tadi. memang jadi kebiasaan aku Lan, cuma baca 1 page je setiap kali, sebab tu je yang aku mampu buat dengan istiqamah. & then aku baca terjemahan bagi page tu. (aku gitaw ko bukan untuk riak. Mana la taw ko tingin nak ikut, or wat yang lebih baik dari aku..^_^ )
Ko tau Lan, petang tu aku rasa tak tenang sangat. Ko punye pasal la nie! Grrrr… Sebelum baca Quran, aku mintak sangat2 kat Allah, semoga Dia bagi petunjuk kat aku. Bagi aku jawapan yang aku perlu.

Petang tu aku baca page 131, surah al-An’am, ayat 28 hingga 35. Masa baca terjemahan dia, aku terhenti kat ayat 32, sebab aku rasa tu petunjuk & jawapan yang aku nak. Aku dapat rasa Dia sedang “berbicara” ngan aku, Lan. Aku nangis giler2. Perasaan aku time tu, Dia je yang tau. Betapa aku rasa dekat dengan Dia, betapa aku rasa Dia sentiasa ada di saat aku memerlukan Dia, betapa aku rasa besarnya kasih sayang Dia kat aku walaupun aku ni cuma hamba yang hina. (cari la sendiri terjemahan ayat 32 surah al-An’am tu k)

Lan, rasa cinta aku pada Dia tu terlalu menenangkan. Terlalu indah. Siyes! Walaupun aku rasa aku masih jauh dengan Dia, tapi setiap kali aku dekat dengan Dia, aku rasa saaaaangat tenang. Saaaangat bahagia..<3

Lan, ko jgn anggap aku ni baek sangat. Wat pengetahuan ko, aku ni biasa2 je. Siyes! Memang aku penah cakap kat ko kapel tu haram. Tapi ko jgn xtaw, aku pun penah kapel gak. (aku rasa ko tau..dulu aku penah gtaw kan..) baru2 ni je aku kapel. Tapi aku berenti. Aku mintak tangguh dengan dia yang aku cinta. Bukan sebab aku dah xde feeling kat dia, tapi terus-terang cakap, aku mintak tangguh sebab aku rasa aku dah betul2 sayang kat dia. So aku xnak dia terus2 wat dosa ngan aku. Dia macam ko gak, baek sangat. & sayang kat aku jugak. Tapi aku nak dia kenal cinta Pencipta dulu. & aku pun nak dekat dengan Pencipta cinta dulu. Bagi aku dia baek sangat Lan, so aku rasa b4 aku teringin nak laki yang baek, better aku belajar jadi baek dulu. Tak gitu? ;)

Ya, aku perasan layanan ko kat aku laen dari cara ko layan orang laen. Tapi aku tak kesah pun. sory 2 say, bagi aku tu perasaan ko. Aku xde hak nak paksa or halang ko. Atau lam bahasa kasarnya, tu ko punye pasal la. Asalkan ko tak kaco & tak paksa aku, aku no hal.
Ko cakap ko makin dekat dengan Allah sejak kenal aku. Ok, bagus la kalo macam tu. Memang kadang2 aku nasihat ko itu ini, tapi hakikatnya aku sendiri pun x baek mana..haha..

Ko berterima kasih kat Allah sebab pertemukan ko dgn aku. Bagus la. Tapi Lan, bagi aku better ko berterima kasih kat Allah sejuta kali ganda krn telah mencipta mak ko. Cinta & kasih sayang mak ko kat ko jauh lebih berharga. Dari kecik dia jaga ko, & senang2 je ko nak berterima kasih sebab jumpa aku. Hello~~aku bukan pernah wat pape pun kat ko. Cer ko bandingkan jasa mak ko ngan jasa aku kat ko. Jauh beza kot~! (sori bahasa kasar..eheh)

Ko perasan tak, kadang2 aku reply msj ko. Kdg2 aku x reply pun. Aku reply msj ko (even pas dpt surat ko tu) sebab aku pun macam ko gak. Xnak kehilangan kawan. Bagi aku ko kawan yang baik. Ko selalu tolong aku even aku xnah tolong ko pape, malah aku selalu menyusahkan hidup ko. Huhu tq & sori sangat2..

Kadang2 aku x reply, espeselly setiap mesej “gud moning” & “gud nite” ko.. memang aku sengaja xnak reply msj yg aku rasa x perlu direply. Sebab aku xnak bagi harapan kat ko Lan. Ko tau tak, sebenarnya agak kejam r kalo aku terus layan ko, padahal aku xde feeling pun kat ko. Tp oleh krn aku still nak ko jadi kawan aku, aku layan gak. Tapi at de same time aku xnak bagi ko harapan pape. Sebab aku xnak kejam ngan ko…huhu..

Lan, rini mybe ko suke aku. Tapi esok lusa belum tentu. Ko x kenal aku lagi Lan. Sape aku sebenarnya.. betapa jahatnya aku ni. Ko xtaw lagi betapa keras kepalanya aku, betapa pemarahnya aku, ko xtaw betapa susahnya idop aku, betapa daifnya fmly aku. Ko xtaw, betapa semaknya bilik aku, betapa biadapnya aku..ko xtaw sume 2.. ko belum taw. Kalo ko taw aku x rasa ko leh ada feeling kat aku..haha

Anyway,
Kalo ko cinta aku, tqvm..
Kalo ko sayang aku, tqvm..
Atas setiap layanan ko yg baek kat aku, tqvm..
Tp kalo ko nak aku pun ada feeling yang sama macam ko, sori sangat2..huhu
Supaya aku lebih tak kejam & tak bagi ko harapan, timer la ayat ni..

“jgn sesekali ko terfikir nak tunggu aku, krn aku juga sedang menunggu insan lain..”

Yang lebih ikhlas dpd ko (hehe..),
Awin

p/s: surat ko dah koyak sikit, kena cakar ngan kucing aku..hadeh!

p/s 2: one day ko akan suke pompuan laen & akan lupakan aku. So don’t weri k..:p

p/s lagi: hahaha xsgka surat aku lg pnjang dpd surat ko..hadeh!



Aku rasa kosong. Tak ubah seperti lagu Najwa Latif.
Sungguh, macam mana la aku boleh jatuh cinta dengan minah ni?!

UniMeOw: kisah ini adalah rekaan semata2…wakakaka…

11 comments:

Derya said...

Draw will take place in you have to participate in this site to the site is too much to give as a gift. Don't miss out on this gift ideas there http://www.cicileydi.com/2012/10/5-i1-yerdeHediyeCEKiLiSi.html

Cikpijaaa said...

hahaha. best gak bca. ayuni wt sndri ke? wewwitt :)

Zara Alisha said...

hadeh.... =_='

UniMeOw said...

fiza:hehe kucg km yg wat nie..;)

zara:bakpo..

IntaNBerliaN said...

mcm best je cite ni... mesti uni ni pandai mengarangkan... cam novel lak :-)

Zara Alisha said...

sedih lak.. kecian kat lelaki tuh...

UniMeOw said...

kak intan:mengarang suka2 bleh la..kalo nk wt novel lmbt lg kot..hik3..

zara:kte pon cian gak...sb 2 la kte bg watak awin 2 gtaw siap2..kalo awin tros lyn then bia mamat 2 syok sdri,,lg kejam....Y_Y

Unknown said...

not bad lah hehe

iAmCekbolat said...

tetiba terasa diri dalam cerita tu . muahaha

Anonymous said...

buat lah sambungan =')

UniMeOw said...

zila: :)

cekbolat:hehe...terasa jugak..ewww~ (gatal!)

nea:hah,,smbungan? cter kt komen je la bleh? heeeeeee...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...