Aku
masih ingat pertemuan pertama kami. Sungguh, aku benci dengan karakternya yang
angkuh. Ya, dia.
“saya
Saidatul Azwinda bt Daud. Ermmm saya tak la suka sangat pindah ke sekolah ni,
boleh pindah ni pun sebab ayah suruh. Prinsip hidup saya mudah, selagi saya tak
kacau sesaper, sesaper pun tak payah nak kacau saya.”
Ucapan
pertamanya. Penuh dengan kesombongan. Dan itulah kali pertama aku mendengar
suaranya yang tak merdu itu. Ucapan ini sudah cukup untuk membuatkan aku
mencebik bibir. Meluat!
Masa
berlalu, aku jarang sekali bercakap dengan Azwinda. Kalau bercakap pun hanya
atas urusan tertentu, urusan yang biasanya memerlukan aku untuk berkerjasama
dengannya tanpa rela. Tapi aku lihat dia biasa-biasa sahaja. Tidak menunjukkan
sebarang perasaan setiap kali berkerja denganku. Tidak kelihatan suka, tidak
kelihatan benci.
Dalam
diam, aku masih menyimpan rasa kurang senang dengannya. Tetapi tidak pernah
pula aku tunjuk perasaan itu. Benci dalam hati sudahlah. Kalau ditunjuk nanti
jadi cerita lain pulak. Orang perempuan ni bukan boleh, emosi lebih.
Perasaan
benci pada Azwinda tetap ada sehinggalah kami belajar di tingkatan 5.
Perasaanku ini berubah 100% kerana satu peristiwa. Aku ternampak Azwinda
berjalan seorang diri semasa keluar dari tusyen. Kami mengambil kelas tusyen
swasta yang berbeza tetapi jaraknya hanya selang satu bangunan.
Wajah
gadis itu aku perhatikan dalam diam. Selamba. Dengan pakaiannya yang selekeh,
tidak pernah melaram seperti rakan-rakan perempuan kami yang lain. Apabila
hendak melintas jalan, aku lihat dia memimpin seorang perempuan tua yang
berjalan perlahan. Sangat perlahan. Mungkin sakit kaki. Aku tidak peduli dengan
orang tua itu. Subjek yang menjadi fokus pada mataku hanyalah Azwinda, pompuan
kerek tu.
Kejadian
ini menarik minat aku untuk selalu mengikut Azwinda dalam diam. Perasaan benci,
meluat dan menyampah semakin pudar dan diganti pula dengan rasa kagum. Rasa
ingin tahu tentangnya semakin hari semakin menebal di hati ini. Apakah aku
telah…. Ah, tak mungkin! Dah la selekeh, kerek, belagak. Takkanlah…
berkali-kali aku menafikan perasaan yang mungkin telah singgah di kalbuku ini.
“Lan,
jom la lepak food court macam selalu.”
“korang
pegi la dulu. Aku ada hal sikit la..” aku cuba mengelak ajakan Kamal.
“ada
hal, ada hal.. tak habis2 dengan hal ko tuh! “ celah Azim pula.
Aku
buat muka kering. Tak boleh dilayan budak2 ni. Kang makin teruk la aku kena.
“ala..ko
tak tau ke Zim, si Lan ni sekarang dah angau. Sebab tu la dia dah taknak lepak2
dengan kita dah lepas tusyen.” Din menyampuk.
Aku
hanya mendengar tawa mereka tanpa reaksi. Azim pula tak henti2 menepuk bahu
aku, konon nak bagi semangat la tu. Huh!
“aku
blah dulu la. Hal aku tu tak menunggu tau!”
“oi2,,takkan
usik sikit pun dah nak merajuk?! Apa la mat bunga ni..”
“sensitip!”
Mereka
menyambung tawa di saat aku mengangkat kaki dan pergi dari situ. Aku tak
peduli. Urusanku ini lebih penting. Azwinda! Aku tak sanggup menahan rindu
sekiranya tidak bertemu dengannya hari ini. Walau aku kerap menafikan perasaan
yang hadir ini, perbuatanku sering kali tidak seiring dengan fikiranku.
Langkah
kaki aku percepatkan agar tidak terlepas daripada mencari dia. Jumpa!
Kali
ini aku lihat dia berjalan dengan dua orang rakannya. Kedua-duanya tidak aku
kenali. Mungkin dari sekolah lain.
Aku
mengikut dari belakang. Berhati-hati, agar tidak dikesan. Selama tiga minggu
aku mengekorinya, jejakku tidak pernah lagi dapat dihidu.
Apabila
melalui jejantas yang sentiasa dipenuhi oleh peminta sedekah, tiba-tiba Azwinda
memperlahankan langkah. Sengaja membiarkan rakan-rakannya berjalan dahulu.
Azwinda
kulihat segera mengeluarkan wang yang seolah-olah memang telah disediakan untuk
tujuan itu. Bersedekah. Tanpa disedari oleh rakan-rakannya yang sedang leka
berborak sambil berjalan, Azwinda memasukkan helaian wang biru kepada setiap
peminta sedekah yang ada di situ.
Aku
telan liur. Bermuhasabah seketika. Kenapa aku tidak pernah terfikir untuk
melakukan ini semua?
Getaran
di dada segera ku tahan. Perasaan ini bagai arus elektrik yang sentiasa
mengalir akibat kehilangan suisnya. Tanpa henti.
Awin..
kenapa hatimu begitu mulia? Kenapa kau melakukan semua ini? Siapa kau
sebenarnya? Dan soalan yang paling menggusarkan ketenanganku…kenapa kau buat
aku jatuh cinta?
Sekarang
aku sudah advance. Berani berSMS dengan Azwinda. Tapi semua ini aku rahsiakan
daripada rakan2. Layanannya aneh. Tidak seperti perempuan lain. Berkawan
dengannya buat aku rasa seperti berkawan dengan lelaki. Kadang2 dia balas SMS
aku, kadang2 SMS yang aku kirimkan dipandang dingin. Tapi aku tidak pernah
putus asa. Mengucapkan selamat pagi dan selamat malam tanpa jemu.
Di
sekolah, aku lihat Azwinda tidak berubah apa-apa. Masih sama seperti biasa.
Selekeh. Pernah aku lihat dia bermain futsal di padang. Di saat pelajar-pelajar
perempuan merungut kerana terpaksa membawa baju sukan, Azwinda tanpa sebarang
rungutan dengan selamba saja telah berada di padang bersama-sama pelajar
lelaki.
Sah!
Pompuan ni memang gila!
Kadang-kadang
ku lihat Azwinda bertengkar dengan Joe, budak kelas kami yang selalu membuli
budak-budak perempuan. Pernah juga mereka bergaduh hingga sepak terajang. Tak
dapat aku lupa babak Azwinda menendang perut Joe. Dan semua pergaduhan itu
terhenti secara automatik apabila bunyi tapak kasut Ustazah Fatimah yang
terkenal dengan “cubitan berbisa”nya kedengaran.
Sejak
terjadinya peristiwa itu, aku sedar perubahan dalam diri Joe. Walaupun masih
selalu membuli, Joe kerap kali mencuri pandang ke arah Azwinda dalam diam. Aku
sedar itu. Dan setiap kali perbuatan Joe itu aku sedari, ada satu rasa cemburu
yang mengalir di setiap urat sarafku. Ah, parah!
“bagitau
je la..kronik dah aku tengok ko ni!” lamunanku tercantas dengan teguran Azim
yang mendadak itu.
“ko
giler ke hapa?! Kang dia dah taknak kawan langsung dengan aku kang..” aku
meluahkan kegusaran hati.
“takper.
Bukan aku suruh ko mintak pape dengan dia. Aku suruh ko gitau je perasaan ko tu
kat dia. Makin hari aku tengok makin parah dah ko nie..”
“erk..ko
nampak ke?”
“Nampak.
Clear!”
Aku
telan liur. Ketara sangat ke?
“errr…Kamal
ngan Din tau?”
“Ntah.
Ko bajet mamat2 playboy tu kesah kalo dyorang tau pun?!”
“hehe..tak
kesah ke..errr..kena gitau ke ni..”
“gitau
je la.. daripada ko pendam sorang2.”
Terpengaruh
dengan saranan Azim, malam itu aku seolah-olah berlatih menulis karangan untuk
SPM. Malah lebih dahsyat dari itu. Setiap ejaan perkataan aku pastikan betul.
Sebarang kesilapan akan menghasilkan kertas yang dironyok dan dibuang ke dalam
tong sampah. Dalam debaran aku mencurahkan segala perasaan yang menyesakkan
dada ini ke atas kertas.
Esoknya,
warkah itu selamat berada di dalam laci meja Azwinda.
Hari
berganti hari. Aku masih menanti balasan surat daripadanya. Dan sepanjang
tempoh itu, dia melayan aku seperti biasa. Jarang bercakap, kalau bertentang
mata pun dia tidak pernah memberi sebarang reaksi. Selamba.
Kadang-kadang
aku menyesali perasaan ini. Kenapa la aku boleh jatuh cinta dengan pompuan gila
tuh?
Minggu
berikutnya, aku menerima balasan yang ditunggu-tunggu.
Membaca
mukadimahnya sahaja sudah cukup untuk membuat aku tersenyum sendiri.
Waalaikummussalam
wbt. (ni surat balasan, so kena balas je la pe yang ko tulis..hehe)
Muhammad Rizlan Fariz bin
Azmi, (apasal la panjang bebenor nama ko nie,,heh!)
1st
of ol, aku nak ko tau, ko dah wat aku rasa macam nak demam dengan bagi aku
surat puaka cinta ko tu. Makaseh bebanyak..grrrr…
Aku tak marah
pun.
Ya, ko memang
pengecut sebab juz bagi surat. Camner pun aku nak berterima kaseh gak ar sebab
atlis ko tak terus terang depan aku. Bukan pe, ko bagi surat ni pun dah nak wat
aku demam, kalo ko cakap terus terang, tak mustahil aku leh pengsan..hadeh!
Masa aku baca
surat ko, aku gelisah sangat2. Siyes! Makaseh la lagi sekali sebab berjaya
meragut rumput ketenangan aku ni…grrrr…
Haha..pompuan
ni memang gila! Ada ke pulak meragut rumput dia kata aku! Ingat aku lembu ke?
Aku menyambung bacaan..
Oleh kerana
hati aku ni rasa tak tenang, aku segera berwuduk. Meminta petunjuk
daripada-Nya. Orang kata, kalau kita nak cakap sesuatu dengan Allah,
tunaikanlah solat. Dan berdoa. & bila kita nak Dia “bercakap” dengan kita,
bacalah Al-Quran, kerana kita sedang membaca firman-Nya.
Petang itu, aku
menyambung bacaan al-Quran yang ku tinggalkan ketika Subuh tadi. memang jadi
kebiasaan aku Lan, cuma baca 1 page je setiap kali, sebab tu je yang aku mampu
buat dengan istiqamah. & then aku baca terjemahan bagi page tu. (aku gitaw
ko bukan untuk riak. Mana la taw ko tingin nak ikut, or wat yang lebih baik
dari aku..^_^ )
Ko tau Lan,
petang tu aku rasa tak tenang sangat. Ko punye pasal la nie! Grrrr…
Sebelum baca Quran, aku mintak sangat2 kat Allah, semoga Dia bagi petunjuk kat
aku. Bagi aku jawapan yang aku perlu.
Petang tu aku
baca page 131, surah al-An’am, ayat 28 hingga 35. Masa baca terjemahan dia, aku
terhenti kat ayat 32, sebab aku rasa tu petunjuk & jawapan yang aku nak.
Aku dapat rasa Dia sedang “berbicara” ngan aku, Lan. Aku nangis giler2.
Perasaan aku time tu, Dia je yang tau. Betapa aku rasa dekat dengan Dia, betapa
aku rasa Dia sentiasa ada di saat aku memerlukan Dia, betapa aku rasa besarnya
kasih sayang Dia kat aku walaupun aku ni cuma hamba yang hina. (cari la sendiri
terjemahan ayat 32 surah al-An’am tu k)
Lan, rasa cinta
aku pada Dia tu terlalu menenangkan. Terlalu indah. Siyes! Walaupun aku rasa
aku masih jauh dengan Dia, tapi setiap kali aku dekat dengan Dia, aku rasa
saaaaangat tenang. Saaaangat bahagia..<3
Lan, ko jgn
anggap aku ni baek sangat. Wat pengetahuan ko, aku ni biasa2 je. Siyes! Memang
aku penah cakap kat ko kapel tu haram. Tapi ko jgn xtaw, aku pun penah kapel
gak. (aku rasa ko tau..dulu aku penah gtaw kan..) baru2 ni je aku kapel. Tapi
aku berenti. Aku mintak tangguh dengan dia yang aku cinta. Bukan sebab aku dah
xde feeling kat dia, tapi terus-terang cakap, aku mintak tangguh sebab aku rasa
aku dah betul2 sayang kat dia. So aku xnak dia terus2 wat dosa ngan aku. Dia
macam ko gak, baek sangat. & sayang kat aku jugak. Tapi aku nak dia kenal
cinta Pencipta dulu. & aku pun nak dekat dengan Pencipta cinta dulu. Bagi
aku dia baek sangat Lan, so aku rasa b4 aku teringin nak laki yang baek, better
aku belajar jadi baek dulu. Tak gitu? ;)
Ya, aku perasan
layanan ko kat aku laen dari cara ko layan orang laen. Tapi aku tak kesah pun.
sory 2 say, bagi aku tu perasaan ko.
Aku xde hak nak paksa or halang ko. Atau lam bahasa kasarnya, tu ko punye pasal
la. Asalkan ko tak kaco & tak paksa aku, aku no hal.
Ko cakap ko
makin dekat dengan Allah sejak kenal aku. Ok, bagus la kalo macam tu. Memang
kadang2 aku nasihat ko itu ini, tapi hakikatnya aku sendiri pun x baek
mana..haha..
Ko berterima
kasih kat Allah sebab pertemukan ko dgn aku. Bagus la. Tapi Lan, bagi aku
better ko berterima kasih kat Allah sejuta kali ganda krn telah mencipta mak
ko. Cinta & kasih sayang mak ko kat ko jauh lebih berharga. Dari kecik dia
jaga ko, & senang2 je ko nak berterima kasih sebab jumpa aku. Hello~~aku
bukan pernah wat pape pun kat ko. Cer ko bandingkan jasa mak ko ngan jasa aku
kat ko. Jauh beza kot~! (sori bahasa kasar..eheh)
Ko perasan tak,
kadang2 aku reply msj ko. Kdg2 aku x reply pun. Aku reply msj ko (even pas dpt
surat ko tu) sebab aku pun macam ko gak. Xnak kehilangan kawan. Bagi aku ko
kawan yang baik. Ko selalu tolong aku even aku xnah tolong ko pape, malah aku selalu
menyusahkan hidup ko. Huhu tq & sori sangat2..
Kadang2 aku x
reply, espeselly setiap mesej “gud moning” & “gud nite” ko.. memang aku
sengaja xnak reply msj yg aku rasa x perlu direply. Sebab aku xnak bagi harapan
kat ko Lan. Ko tau tak, sebenarnya agak kejam r kalo aku terus layan ko,
padahal aku xde feeling pun kat ko. Tp oleh krn aku still nak ko jadi kawan
aku, aku layan gak. Tapi at de same time aku xnak bagi ko harapan pape. Sebab
aku xnak kejam ngan ko…huhu..
Lan, rini mybe
ko suke aku. Tapi esok lusa belum tentu. Ko x kenal aku lagi Lan. Sape aku
sebenarnya.. betapa jahatnya aku ni. Ko xtaw lagi betapa keras kepalanya aku,
betapa pemarahnya aku, ko xtaw betapa susahnya idop aku, betapa daifnya fmly
aku. Ko xtaw, betapa semaknya bilik aku, betapa biadapnya aku..ko xtaw sume 2..
ko belum taw. Kalo ko taw aku x rasa ko leh ada feeling kat aku..haha
Anyway,
Kalo ko cinta
aku, tqvm..
Kalo ko sayang
aku, tqvm..
Atas setiap
layanan ko yg baek kat aku, tqvm..
Tp kalo ko nak
aku pun ada feeling yang sama macam ko, sori sangat2..huhu
Supaya aku
lebih tak kejam & tak bagi ko harapan, timer la ayat ni..
“jgn sesekali ko terfikir nak tunggu aku, krn aku juga sedang
menunggu insan lain..”
Yang lebih
ikhlas dpd ko (hehe..),
Awin
p/s: surat ko
dah koyak sikit, kena cakar ngan kucing aku..hadeh!
p/s 2: one day
ko akan suke pompuan laen & akan lupakan aku. So don’t weri k..:p
p/s lagi:
hahaha xsgka surat aku lg pnjang dpd surat ko..hadeh!
Aku rasa kosong. Tak ubah seperti lagu Najwa
Latif.
Sungguh, macam mana la aku boleh jatuh cinta
dengan minah ni?!
UniMeOw:
kisah ini adalah rekaan semata2…wakakaka…
11 comments:
Draw will take place in you have to participate in this site to the site is too much to give as a gift. Don't miss out on this gift ideas there http://www.cicileydi.com/2012/10/5-i1-yerdeHediyeCEKiLiSi.html
hahaha. best gak bca. ayuni wt sndri ke? wewwitt :)
hadeh.... =_='
fiza:hehe kucg km yg wat nie..;)
zara:bakpo..
mcm best je cite ni... mesti uni ni pandai mengarangkan... cam novel lak :-)
sedih lak.. kecian kat lelaki tuh...
kak intan:mengarang suka2 bleh la..kalo nk wt novel lmbt lg kot..hik3..
zara:kte pon cian gak...sb 2 la kte bg watak awin 2 gtaw siap2..kalo awin tros lyn then bia mamat 2 syok sdri,,lg kejam....Y_Y
not bad lah hehe
tetiba terasa diri dalam cerita tu . muahaha
buat lah sambungan =')
zila: :)
cekbolat:hehe...terasa jugak..ewww~ (gatal!)
nea:hah,,smbungan? cter kt komen je la bleh? heeeeeee...
Post a Comment