Monday, 20 June 2011

Najuwa – bisikan rahsia hatiku

Suasana tenang di tasik itu telah menggamit memoriku. Memoriku bersama dia. Ya, dialah sahabat, dialah pendorong, dia juga musuh namun…dialah penyeri duniaku.

Berdekatan tasik itulah letaknya dewan seminar yang aku sertai bersamanya. Seminar yang penuh dengan memori. Kami terpaksa berjalan kaki hampir 2 kilometer untuk ke dewan itu daripada kolej kediaman.

Kesejukan bagai berada di gunung salji semasa berada dalam dewan serta-merta diganti dengan kehangatan sang suria apabila terpaksa berjalan kaki pulang ke kolej kediaman. Keadaan ini membuatkan aku demam.

Pada hari terakhir seminar, iaitu pada hari ketiga, seperti biasa aku berjalan bersamanya. Najuwa, sahabatku. Kami bersemangat berjalan dan apabila sampai ke kolej kediaman, kami segera ingin ke bilik untuk berehat.

Bilik kami terletak di tingkat dua. Sementara berjalan ke bilik, Najuwa yang sememangnya periang dan nakal itu mengetuk setiap pintu bilik yang berpenghuni dan terus berlari ke tingkat atas. Aku malas mahu melayan kerenahnya. Keadaanku yang kurang sihat membuatkan aku kehilangan mood untuk mengenakan orang lain.

Langkahku terhenti apabila melihat seekor ibu kucing yang cantik bersama anak-anaknya. Kucing itu berada betul-betul di hadapan pintu bilik yang telah diketuk oleh Najuwa. Aku menghulurkan tangan sebagai tanda “salam perkenalan” kepada ibu kucing itu. Kasihan, kurusnya kucing ni…

Sedang aku leka memberi belaian kasih sayang pada ibu kucing itu, pintu bilik yang berada di hadapanku dibuka. Kemudian bilik-bilik lain juga dibuka. Semua tuan bilik memandangku dengan pandangan “nak cari gaduh ke?”. Aku cuba untuk tersenyum.
Setelah menghadiahkan jelingan tajam ke arahku, semua tuan bilik menutup kembali pintu bilik mereka dengan hempasan yang boleh tahan kuat. Aku terkesima. Semestinya mereka marah kerana pintu bilik diketuk, tetapi tiada sesiapa di luar..kecuali aku!

“ah, ini semua Najuwa punya pasal!”

Sampai saja di bilik, Najuwa terus ku serang tanpa belas kasihan.
“woi, hang ni cari pasai sungguh…b*** betoi la!! Ha,,,semua orang tengok aku tau tak??!!”

Najuwa hairan melihat aku yang seperti disampuk jembalang gila ini.

“pasai pa?” dia bertanya, cuba meminta penjelasan.
“hang la, p ketuk pintu bilik orang buat apa? Tengok, semua orang marah kat aku!!”

Najuwa terdiam. Aku juga. Menahan kemarahan.
Tiba-tiba Najuwa ketawa sekuat-kuatnya. Seronok kerana berjaya mengenakan orang lain. Bertambah seronok apabila aku, sahabatnya ini yang menjadi mangsa.

Ohhh Najuwa…aku yang tengah hangin satu badan terus ketawa bersama. Bagai api yang disimbah air, kemarahanku terpadam.

Aku tersentak dari terus melayari kenangan. Rindu yang melimpah-ruah tiba-tiba menerpa benakku. Ya, terlalu banyak memori yang ku bina bersama Najuwa, tetapi inilah kenangan yang paling kuat terpahat di mindaku. Kerana, inilah kali pertama dan terakhir (insya-Allah) aku memaki hamun seseorang dengan perkataan b***!

Dan mangsa pertama dan terakhirku adalah seseorang yang bergelar sahabat.

UniMeOw: Maafkan aku sayang…haha~

sekarang Najuwa dah jadi cikgu..kalaulah murid dia tau perangai dia kat sekolah dulu..hahahahaahahaha~


4 comments:

Anonymous said...

hahahahaha!!!....
b***!!! hoH0...
keterharuan yg nyata!!!

UniMeOw said...

hehe tu la ang,,,pkena aku g..

cedih woo jd mgsa~haha

siti najuwa said...

hahahahahaha....
uni...thanks r byk2...sgt terharu kot...
dapat b***...bukan senang 2!!! hahahahaha
weh...aku dh login...baru alu tau kene wt cm2 rupanya...
bodoh xmau ngaku la plak aku ni...hakhakhak

UniMeOw said...

sesungguhnya siti najuwa..

saya rindu kamu!!! >_<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...