Sunday 19 June 2011

Tips mengurangkan berat badan


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
Kawan2 sekalian, dengan sukacitanya pada hari yang berbahagia ini akan saya kongsikan tips-tips mengurangkan berat badan. Tips ini teramatlah sesuai diamalkan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa mahu pun usia tetapi mestilah membela kucing...eheh.. Jom ikuti tips2 ini!
1.   Kurangkan makan -berkongsilah!
Jangan risau, setiap kali membeli makanan di restoran, belilah seperti yang anda selalu makan. Tetapi….apabila nampak je kucing melintas, jadikan berkongsi dengan kucing sebagai satu kewajipan. Bukan sahaja kurus, anda juga akan memperoleh kebahagiaan, insya-Allah…
kenapa saya kata begitu? Kerana, kucing juga makhluk Allah yang boleh berdoa. Apabila anda membuatkan kucing bahagia, secara x langsung anda juga akan bahagia... :D

2.   Hidup secara aktif -bermainlah!
Jangan ragu2 mengajak kucing tersayang bermain. Selain menyihatkan badan kerana kita banyak bergerak, kucing kita juga akan turut merasai gaya kehidupan sihat yang kita amalkan secara berjemaah bersamanya.
Game apa nak main? Macam2..main tetikus, main lompat2, main tali..tapi pastikan anda juga bergerak bersama kucing. Jangan pulak kucing jer yang bergerak, kang berat badan kucing je la yang turun..huhu
gerakkan badan yer murid2,,bukan maen game!!

3.   Tidur yang mencukupi
Okeh, tips ini amat bersesuaian bagi mereka yang sukar tidur kerana takut tidur keseorangan macam saya! Bagi memastikan anda boleh tidur dan tidur anda mencukupi, ajaklah si manja menjadi peneman setia anda, tidurlah bersama kucing. Percaya atau tidak, nafas kucing boleh memberi ketenangan seterusnya membuatkan kita tidur dengan nyenyak..ahaks!
tido biar cukup,,,tapi pilihlah tempat yang sesuai...huhu

4.   Jangan tidur berlebihan!
Untuk memastikan anda tidak tidur secara berlebihan, ajaklah kucing garang tidur bersama anda. Contohnya, kucing saya akan menggigit kaki saya setiap kali saya liat nak bangun bila mama panggil. Nasib baek saya x sepak je kucing tu! Ataupun kucing yang suka kejutkan tuannya bangun subuh setiap kali mendengar azan…jangan x percaya, memang wujud kucing sebegini..:)
Tuan yang malas bangun subuh mensti dicakar!!!!meow~~~

5.   Putuskan percintaan
Hahaha rasanya tips inilah yang paling berkesan untuk mengurangkan berat badan. Apabila anda mempunyai kekasih yang cukup baik untuk anda, putuskanlah perhubungan anda itu secara tiba2. Kesan yang lebih baik akan diperolehi sekiranya dia yang memutuskan hubungan. Perkara ini akan membuatkan anda frust, lalu tidak berselera untuk menjamah makanan. Tapi awas, ada juga manusia yang makan lebih banyak apabila frust. Bagi golongan sebegini, jangan cuba tips ini…haha
hipotesis:semakin intim hubungan yang diputuskan, semakin  efektif  proses mengurangkan berat badan...haha

UniMeOw: Eddy (my cat)  dah obes…sapa ada tips mengurangkan berat badan kucing? =_=”
pic terbaru eddy..masa mula2 datang merempat je...sekarang...hmmmm

7 comments:

meowwmania said...

hahahah setuju setuju

eh cam kucin kita si Merah tu pon dulu obes, kita catu makanan dia sehari makan 3 kali sahaja pastu kuantiti 1 mangkuk kecik je

nampak nya berjaya dr 9 kilo lebih skrg tggl 7.3 kg je ;)

UniMeOw said...

erkk.....7.3??berat giler kowt!!!!
haha yg ni kanak2 g,,,baru 4kg kte dah risau..huhu

siti najuwa said...

hahahahahaha...
aku sokong yang no. 5 tu..teramat sangat setuju!
mmg kurus la aku sbb 2 kn...hahahaha

UniMeOw said...

haha...hahahaha...
jwa,,,gelak ada makna ni...hehe

siti najuwa said...

apa maknanya???
huhu...uni, setakat ni aku da hilang 6kg..
terbaek la aku rasa...huhu

UniMeOw said...

gler r smp 6kg!!!! :o

siti najuwa said...

hahahaha..dahsyt kn aku yg frust...hahaha
tp bez gk...aku bleh pakai baju2 lama yg aku x muat 2...
aku bleh jimatkan duit sbb x pyh beli makan...
bila dh jimat, bleh guna duit 2 beli topop...bleh gayut lama2 ngn sesapa ja aku suka! kn bez hidup macam 2...hakhakhak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...