Saturday 11 June 2011

~Zaman kanak2~ memalukan!!

“Peserta seterusnya, dipersilakan Ayuni Jalilah bt Jaafar daripada Tadika KEMAS Tanjung Musang.”

Dengan bangganya aku naik ke pentas setelah mendengar namaku disebut. Nervous? Apa tu? Masa tu aku belum mengenal erti nervous. Yang pasti aku excited ingin membuat persembahan.

Pakaianku biasa. Terlalu biasa. Jika mahu dibandingkan dengan pakaian peserta2 lain, aku memang jauh ketinggalan. Aku hanya memakai baju tadika kotak2 putih merah, seluar tadika dan kasut cantik yang dibeli dengan mama. Dat’s all. Sebelum ni mama dah tanya, tak kena beli gaun ke? Aku cakap xpayah, dah cikgu pun x cakap pape…huhu

Ni pertandingan bagi tadika2 kat daerah Kota Setar. Macam2 persembahan yang budak2 tadika buat. Ada yang menari gelek ikut dangdut, ada yang nyanyi lagu patriotic, ada yang bercerita dengan gambar, nasyid, pertunjukan fesyen dan aku….? aku bercerita dengan puppet! :D

Aku memulakan ujaran dengan penuh yakin.

“Assalamualaikum and a very good morning to all of you. Today, I will tell you a story of the wise rabbit and the hungry tiger.”

Tetiber aku dengar riuh satu dewan ketawa. Ketawakan aku. semua orang ketawa. Termasuk cikgu aku sendiri.

Muka aku dah rasa panas yang teramat. Mesti merah giler dah muka aku waktu tu….

Rupa2nya,,,,,,

Aku dengan bangganya menunjukkan puppet harimau masa sebut “the wise rabbit” (suara halus),,,

n dengan gembiranya sekali lagi aku angkat puppet arnab masa sebut “the hungry tiger” (dengan suara besar)…



Owhhh….apalah nasib…tapi kejap je aku malu, pastu dengan selambernya aku pun sambung la bercerita…nasib baik x silap puppet lagi masa tengah2 cerita. Huhu…….

Bila balik tempat kat sebelah cikgu, cikgu pon mula la beletiaq…”kan cikgu dah kata tadi, jangan tukar tangan. Kamu kan dah biasa letak harimau belah kanan, arnab belah kiri..”

UniMeOw: dapat no 4 dalam pertandingan tu…huhu

2 comments:

Nazirah said...

time tu malu, tp sekarang jd memory yg sweet..new follower here

UniMeOw said...

tQvm! :)

errr pe nm blog nazirah? xde link..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...