Friday 11 January 2013

Basikal vs Motor


Tadi pagi2, once again aku ngan kawan2 gi pusat sukan, maen basikal. Muahahahaha~ ok, xlawak.

Niat sebenar aku nak pergi Pusat Islam, nak beli buku Hilal Asyraf. Pastu nak gi DPP Maybank, sebab situ ada taman permainan. Hehe.. memuler gi taman permainan tu..bes.. pastu gi Pusat Islam. Tapi tempat jual buku tu tak bukak. Tak taw la, maybe sebab hari ni hari Jumaat, or sebab waktu tu awal lagi so dia tak buka. Sob3…nak beli buku Hilal Asyraf… (Y_Y)


Masa bawak basikal tu, tetiber datang pulak idea nak wat entry ni..hehe.. aku rasa banyak kebaikan basikal berbanding motor..ni sebab2 dia..

1.    Takyah fikir pasal minyak motor
Di saat orang lain kecoh2 pasal harga petrol naik, kita relax je. Setakat minyak gris tu berapa la sangat kan..hehhehheh…:p

2.    Menyihatkan badan
Naik basikal boleh jadi senaman. Naik motor ada?

3.    Repair tak mahal
Dengan menggunakan basikal, tak perlu lagi kita mencari ayat2 baik punya untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada mak kita. Kalau kita terror, repair je sendiri. Sesape yang bertuah ada abang ramai macam aku, suruh je abang..haha senang x senang x senang x?

4.    Tak kena bayar tol
Hah, tu pun kalau korang berminat nak bawak sampai highway la..errrr setakat ni aku xde la pulak niat macam tu..hik3..

5.    Ringan, kalau jatuh pun tak la sakit sangat
Yeah…kalau jatuh basikal, ofkros tak sesakit jatuh motor. (yeker?) yela, kena hempap ngan basikal xde la berat macam motor. Kalau basikal kita jatuh, dengan muka machonya kita akan angkat.. kalau motor jatuh? Mesti dah macam kena sembelit punya..berat wooo moto..

6.    Tak payah fikir parking
Parking je mana2 kita suka. Bawah pokok, tempat parking motor, keta, parking je.. tak kena saman. Tak kena bayar parking. Waaahhh seronoknya!

7.    Takde risiko kena ekzos
Hah, yang ni paling aku takut kalau naik motor. Ekzos bukannya sedingin salji mak jenab oi.. naik basikal la salah satu jalan selamat untuk mengelakkan kena ekzos. Tu pun kalau xde motor gatal gi himpit kita la kan..haha

8.    Tak kena denda kalau tak pakai helmet
Jimat kos lagi..takyah beli helmet..:D

9.    Tak dilabel sebagai mat rempit
Hehe..apa hina sangat ke mat rempit? Tapi kalau tak dilabel sebagai mat rempit, tak ke bagus tu…hmmm J

10. Tak kena marah kalau makan jalan orang, sebab xde side mirror
Dengan syarat, jangan la melampau sangat makan tu yer.. kalau kita asyik2 nak beralih belakang pun orang tak marah..orang paham..hehe

11.  Sentiasa awal
Kalau la kena datang keja kol 9, kita akan bertolak kol 8.45 bila naik motor. Tapi bila naik basikal, kol 8 lagi kita dah bertolak. Haaa,,nampak tak awal? Awal bertolak la, awal sampai ke tak tu taktaw la kan..hehe

12.  Tak payah fikir pasal road tax
Jimat3x~

13.  Tak payah ambik lesen
Tak payah pikir QTI, test JPJ, computer test, kelas teori semua tu. Bawak je dengan senyuman..(^_^)

14.  Kawan tak sibuk nak tumpang
Cik mat, cik pora, mail baling, kak munah, malah si tompok sekali pun xdenye teringin nak tumpang kalau naik basikal. Kalau dyorang nak tumpang jugak, letak la barang banyak2. Errrr tapi aku x sure la cik Ponti teringin nak tumpang ke tak penunggang basikal ni..hehehe






Dan macam2 lagi la faktor yang wat aku rasa naik basikal lebih best daripada naik motor. Hmmm.. tapi faktor paling utamanya adalah…………………..

Okbai!


UniMeOw: naik kucing la senang…lalalala~

8 comments:

Masya said...

memori nak basikal masa belajar dulu mmg memori yg indah hihihihihihi....

UniMeOw said...

Lelaki ini:setuju jugak..:D

Masya:kenangan jatuh basikal pun indah gak..hehe

Unknown said...

lorh budak uum ke??? rindu uum! hi junior!!

Dkna Abza said...

dah lama dkna tak naik basikal..entah boleh kayuh ke tak lagi :)

UniMeOw said...

zila:ye senior..hehe uni pn baru taw zila ex uum...:o

Dkna:boleh nye...t try la..bes sgt! >_<

9n0L4 said...

kat malaysia kene buat la budaya berbasikal ni. :)

Nora Karim said...

hahahah kelakar pulak baca entri ni... tapi betul la semua yang dikata tu... hahaha

UniMeOw said...

9n0L4:kan3..?mcm kt jepun tu..hehe

kak nora:yeayyyy...ada gak yg stuju ngn uni..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...