“malas la aku nak bercinta dengan orang sama umur, macam budak2. Clash,sambung balik..clash,sambung balik..”
Kata2 dari ex-rumate aku ni betul2 mempengaruhi aku. Aku taw ramai je kapel2 kat luar sana macam ni.
Ntah berapa kali clash, tapi sambung balik. Kawan aku pun ramai macam ni.
It’s ok fren, boleh je nak sambung balik. Xsalah pun.
Tapi aku syorkan pada mereka2 yang baru clash, jangan la sambung balik.
Maybe orang nampak macam aku ni ego, berpegang pada prinsip ntah pape camnie.
Tapi bagi aku, kalau dia memang jodoh kau, clash la lama mana pun…one day dia akan kembali. Sambung sejuta kali pun, kalau dah bukan jodoh, tak jadi jugak.
Ada beberapa rasional aku menyatakan no more u-turn dalam percintaan..
1. sebagai satu ujian buat si dia.
clash, tak sambung balik, bukan bermaksud kita tak sayang kat dia. Tak semestinya bila kapel je sayang. So, bila clash, kita tengok. Dia sanggup tak tunggu kita..(kalau laki,selalunya memang x sanggup. Menurut pemerhatian aku sendiri, lelaki yang pernah kapel susah utk single lama2. Cepat je dia cari pengganti..hehe) kalau dia betul2 cintakan kita, dia takkan kapel dengan orang lain selagi kita still single. Tapi kadang2 takleh pakai jugak teori ni. Aku pernah update status aku macam ni:
“kalau ko ditakdirkan akan bersama dengan aku, ko kapel la dgn sejuta pompuan laen pun, kau tetap akan jadi milik aku. Tapi kalau kau memang ditakdirkan bukan jodoh aku, kita bercinta la sejuta tahun pun, kita tetap takkan bersama.”
2. Untuk konfemkan, betulkah dia jodoh kita?
Orang kata, kalau nak tau dia tu betul2 jodoh kita ke tak, cuba lepaskan dia. Kalau betul dia ditakdirkan untuk kita, satu hari nanti dia akan kembali jugak pada kita. Tapi kalau dia tak kembali, redhalah. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.. J
3. percayalah korang, sekali korang u-turn, selalunya (x semestinya)..akan berlaku lagi clash n u-turn.
Kena bagi pengajaran sikit kat dia, clash bukan benda maen2 (cheewaahh,,macam cerai pulak..haha) yela, takkan sebab dia tertumpahkan milo ais atas baju kita pun nak clash? Takkan sebab kita lupa nama kucing dia pun nak clash?
Kalo korang u-turn, tak mustahil dia akan mintak clash lagi. Tingkahlaku dia ni dipengaruhi oleh pemikiran “alah,,,clash pon xpe..kalo x jumpa pengganti nanti mintak la sambung balik”..bila korang dah nekad xnak u-turn2, dia pun secara automatiknya akan berhati2 untuk mintak clash. Supaya dia tau, sekali dia lepaskan kita, dia takkan dapat kita balik, kecuali jika memang dah dijodohkan Ilahi…
4. kita bukan boneka!
Yup, aku tegaskan sekali lagi,,kita bukan boneka! Apa dia ingat kita ni teddy bear dia? Bila tak suka dibuang, bila menyesal disayang. Banyak cantik~ pikirlah korang, mak kita lahirkan kita bukan untuk dipersiakan oleh kekasih!
So, walaupun dalam hati korang masih ada rasa sayang buat ex korang, dengarlah cakap aku, jangan u-turn. Kecuali kalau dia betul2 tunjukkan kesungguhan (jangan percaya selagi tak cukup 2 minggu dyorang bersungguh2!!)
Kalau nak u-turn jugak (biasa la, pakwe/makwe korang jugak manusia biasa, mungkin masih boleh diberi peluang), jangan banyak kali. Sekali cukup!! Kalau dia sia2kan jugak peluang yang dah korang bagi, jangan jangan dan JANGAN sesekali korang terfikir untuk u-turn. Ambik iktibar, clash tu jalan terakhir dalam hubungan korang. Bukan suka2 hati je nak clash sebab benda kecik.
Benarlah, Allah tak selalu memberi apa yang kita mahu, tetapi Dia sentiasa memberi apa yang kita perlu. Cinta yang mendalam buat si dia belum tentu mencukupi untuk menentukan takdir cinta dengannya.
Hayatilah ayat yang aku cilok dari majalah Anis ni, “jika Pemilik cinta diketepikan, peminjam cinta dijulang-julang, bagaimana kita dapat merasa bahagia?” jangan terluka lagi hanya kerana cinta dunia.
UniMeOw: haha bila masa aku jadi penghasut cinta dokter cinta nie? Adeh….
5 comments:
tp kan k.uni..hmmm susah nk mengungkap sebuah cnta... hati sy hnya tuk dia... sy biarkan takdir yg tentukan jodoh kitorng... dan slalu berdoa dia jodoh sy yg terbaik...
kali keseratus dh clash...huhh
korang 2,,,sebab 2 la aku cakap,,lepaskan je..
kalo ada jodoh x ke mana....
tp kalo dah xde jodoh nk wat cmner...:p
xboleh nk lepas k.uni..
hati dh terikat..
tp bkn dgn janji.."dgn hati"
hehehhe
Programs, reviews of new products, reviews of software http://bestsoftwarehere.com/
Post a Comment