Monday, 14 January 2013

Awalnya Kawen~~!!

Baru2 nie (x la baru sangat kan), ada kezen aku nak kawen. Eh, dah kawen pun. Tapi yang aku nak citer ni b4 dia kawen la. Kezen aku ni, Z (bukan huruf sebenaq) muda 2 tahun dpd aku. Means time tu dia umur 20 tahun la.

Bila ayah Z citer yang Z nak kawen, aku…ntah la. Nak kata terkejut, x la terkejut sangat. Sebab abang kepada Z kawen masa umur 18. Lagi awal. Tapi tak sangka la jugak. Sebab aku dengan Z tu masa kecik2 kami selalu kira duit raya sama2, main sama2, nakal sama2, berebut buaian sama2, gaduh sama2..& banyak lagi la kenangan bersama. Tup2 dia dah nak kawen.

Bila sampai je berita Z nak kawen, maka bising la kezen aku lagi sorang ni..F. (bukan huruf sebenar jugak). Macam2 dibebelnya. Bukan depan Z, tapi depan aku je la..hehe
nanti nak bagi makan apa kat bini tu?antara ayat yang selalu keluar dari mulut F. aku diam je..kang lagi dibangkang lagi bising pulak..huhu

Bagi aku, tak salah pun Z nak kawen awal. Daripada buat maksiat tak tentu hala, daripada dia usung anak dara orang tu sana sini, baik kawen.

Comel kan? Kredit


Pasal “nak bagi makan apa” pulak,, bagi aku..bila sorang laki tu (dalam kes ni, aku maksudkan Z) dah wat keputusan nak kawen, maknanya dia memang dah bersedia untuk pikul tanggungjawab, iaitu isteri dia..plus anak2 dia nanti. Pandai2 la dia cari nafkah.. lagipun, dia tak buat benda haram kan. Ada la rezeki dia tu.. kalau nak harap kemewahan, memang tak la kot.. kawan tu muda lagi, keja pun aku x sure keja pe.. tapi aku rasa xde la melarat sampai tak boleh hidup pas kawen. Taknah lagi la aku dengar ada orang mati kemiskinan selepas kawen.

Masa abang Z, K (bukan huruf sebenaq lagi) kawen pun, si F nie bising2.. aku paham, F ni sorang yang logikal. Memang tak logik la kan, kawen awal..pastu nak idup senang. Tapi aku tengok K ok jer. Sekarang anak 4 dah. Umur baru 26. Memang la susah sikit, nak cari makan sara anak bini. Tapi tu la tanggungjawab dia setelah dia pilih untuk kahwin. Daripada asyik gaduh ngan gf, pastu sedih2 sebab cinta, baik kawen. Senang citer. Sekarang dia bahagia dah. Alhamdulillah..

So, daripada kita xpuas hati orang kawen awal sebab takut dyorang susah, baek kita xpuas hati dengan orang pandai2 ‘mengawenkan’ diri tanpa tok kadi. Haaa golongan kedua tu laaagi susah. Susah hati, susah badan, susah duit, susah sebab dapat dosa, menyusahkan mak bapak, menyusahkan baby yang lahir, menyusahkan rumah kebajikan, menyusahkan hati aku baca paper ada gambar baby kena buang, bla3~~~

Lagi satu, daripada kita susah hati dengan ‘rezeki’ orang yang kawen awal, baik kita doakan dia dilimpahi rezeki yang halal untuk sara keluarga dia..kan?! ;)

Errrr tapi pendapat aku ni bukanlah bermakna aku sendiri nak kawen awal. wakakaka~

UniMeOw : bila aku diam, means aku maleh nak layan~

7 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

kawin awal elak maksiat, bagus kuaga ni. anak2 laki dia semua bertanggungjawab. harap2 rezeki diorang sentiasa ada

Unknown said...

betul3...org yg btnggungjawab mmg lah akan laksanakan dan tahu tugas dia, tp kazen kite kan, sblm kahwin minta tu ini, pas kawen smpai bernak pon dok minta2, dh anak 3 tahun, dtg raya pon xnak...puiii

Nora Karim said...

bagus kawin awal ni... satu elak maksiat... kedua pasangan yang dah berkahwin ni akan lebih matang... ketiga mereka akan lebih bertanggungjawab... insyaAllah, Allah telah tentukan jodohnya, maka Allah juga telah tentukan rezekinya... moga kedua2nya berbahagia... Amin... Uni BILA LAGI? hehehe

Anonymous said...

btl2.bgus kahwin awl.elak dari maksiat n gejala x elok.klu dia dh buat keputusan untuk kahwin,maknanya dia dh ready n klu x pun mesti akn ada rasa tggjwb tu nanti kan.

ctk said...

bagi ct bgus kawen awal..ct pon stuju utk elakkan maksiat...dunia skrg ni macam2...elok kawen awl dr dipitnah org lain pulak kn..huhuhu


*meow2...ct tukar url bru...nti guna url ni je lawak :D

UniMeOw said...

ibuKM:amin...tq..hehe

zila:ish3...ada jgk org cm2 yer..nauzubillah..

UniMeOw said...

kak nora:uni lambat lg kot..kna byk pbaiki diri lg..(^_^)

siti:betol2...:D

ctk:baek...:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...