Baru2 nie (x la baru sangat kan), ada kezen
aku nak kawen. Eh, dah kawen pun. Tapi yang aku nak citer ni b4 dia kawen la. Kezen
aku ni, Z (bukan huruf sebenaq) muda 2 tahun dpd aku. Means time tu dia umur 20
tahun la.
Bila ayah Z citer yang Z nak kawen, aku…ntah
la. Nak kata terkejut, x la terkejut sangat. Sebab abang kepada Z kawen masa
umur 18. Lagi awal. Tapi tak sangka la jugak. Sebab aku dengan Z tu masa kecik2
kami selalu kira duit raya sama2, main sama2, nakal sama2, berebut buaian
sama2, gaduh sama2..& banyak lagi la kenangan bersama. Tup2 dia dah nak
kawen.
Bila sampai je berita Z nak kawen, maka
bising la kezen aku lagi sorang ni..F. (bukan huruf sebenar jugak). Macam2
dibebelnya. Bukan depan Z, tapi depan aku je la..hehe
“nanti nak bagi makan apa kat bini tu?” antara ayat
yang selalu keluar dari mulut F. aku diam je..kang lagi dibangkang lagi bising
pulak..huhu
Bagi aku, tak salah pun Z nak kawen awal. Daripada
buat maksiat tak tentu hala, daripada dia usung anak dara orang tu sana sini,
baik kawen.
Comel kan? Kredit |
Pasal “nak bagi makan apa” pulak,, bagi
aku..bila sorang laki tu (dalam kes ni, aku maksudkan Z) dah wat keputusan nak
kawen, maknanya dia memang dah bersedia untuk pikul tanggungjawab, iaitu isteri
dia..plus anak2 dia nanti. Pandai2 la dia cari nafkah.. lagipun, dia tak buat
benda haram kan. Ada la rezeki dia tu.. kalau nak harap kemewahan, memang tak
la kot.. kawan tu muda lagi, keja pun aku x sure keja pe.. tapi aku rasa xde la
melarat sampai tak boleh hidup pas kawen. Taknah lagi la aku dengar ada orang
mati kemiskinan selepas kawen.
Masa abang Z, K (bukan huruf sebenaq lagi)
kawen pun, si F nie bising2.. aku paham, F ni sorang yang logikal. Memang tak logik
la kan, kawen awal..pastu nak idup senang. Tapi aku tengok K ok jer. Sekarang anak
4 dah. Umur baru 26. Memang la susah sikit, nak cari makan sara anak bini. Tapi
tu la tanggungjawab dia setelah dia pilih untuk kahwin. Daripada asyik gaduh
ngan gf, pastu sedih2 sebab cinta, baik kawen. Senang citer. Sekarang dia
bahagia dah. Alhamdulillah..
So, daripada kita xpuas hati orang kawen awal
sebab takut dyorang susah, baek kita xpuas hati dengan orang pandai2 ‘mengawenkan’
diri tanpa tok kadi. Haaa golongan kedua tu laaagi susah. Susah hati, susah
badan, susah duit, susah sebab dapat dosa, menyusahkan mak bapak, menyusahkan
baby yang lahir, menyusahkan rumah kebajikan, menyusahkan hati aku baca paper
ada gambar baby kena buang, bla3~~~
Lagi satu, daripada kita susah hati dengan ‘rezeki’
orang yang kawen awal, baik kita doakan dia dilimpahi rezeki yang halal untuk
sara keluarga dia..kan?! ;)
Errrr tapi pendapat aku ni bukanlah bermakna aku sendiri nak kawen awal. wakakaka~
UniMeOw : bila aku diam, means aku maleh nak
layan~
7 comments:
kawin awal elak maksiat, bagus kuaga ni. anak2 laki dia semua bertanggungjawab. harap2 rezeki diorang sentiasa ada
betul3...org yg btnggungjawab mmg lah akan laksanakan dan tahu tugas dia, tp kazen kite kan, sblm kahwin minta tu ini, pas kawen smpai bernak pon dok minta2, dh anak 3 tahun, dtg raya pon xnak...puiii
bagus kawin awal ni... satu elak maksiat... kedua pasangan yang dah berkahwin ni akan lebih matang... ketiga mereka akan lebih bertanggungjawab... insyaAllah, Allah telah tentukan jodohnya, maka Allah juga telah tentukan rezekinya... moga kedua2nya berbahagia... Amin... Uni BILA LAGI? hehehe
btl2.bgus kahwin awl.elak dari maksiat n gejala x elok.klu dia dh buat keputusan untuk kahwin,maknanya dia dh ready n klu x pun mesti akn ada rasa tggjwb tu nanti kan.
bagi ct bgus kawen awal..ct pon stuju utk elakkan maksiat...dunia skrg ni macam2...elok kawen awl dr dipitnah org lain pulak kn..huhuhu
*meow2...ct tukar url bru...nti guna url ni je lawak :D
ibuKM:amin...tq..hehe
zila:ish3...ada jgk org cm2 yer..nauzubillah..
kak nora:uni lambat lg kot..kna byk pbaiki diri lg..(^_^)
siti:betol2...:D
ctk:baek...:D
Post a Comment