Wednesday 25 May 2011

Wahai orang baik2, hati-hatilah…:)

Situasi 1
B masih baru di surau itu. Bukanlah manusia yang kerap kali ke surau, tetapi mempunyai keinginan untuk kembali dekat dengan Penciptanya. Sempena majlis tahlil, B membawa alQuran tafsir yang sudah mula menjadi teman setianya.
B duduk bersama2 jemaah lain di surau itu.
“Ape la dia tu, orang baca tahlil dia bawak Quran tafsir!” kata A sambil menjeling ke arah B dan tersenyum sinis. B tunduk tanpa berkata apa-apa. Tiada keinginan untuk melawan seorang yang sudah tentu lebih tinggi ilmunya berbanding dirinya.

Situasi 2
A berbual-bual bersama rakan-rakan. Tiba2 telefon bimbit A berbunyi, masuknya SMS.
A tersenyum setelah membaca SMS tersebut lalu dengan bangganya berkata “ada orang tanya pasal agama lagi. Aii,,biasa la dah jadi ustazah nie..” A merasa gembira kerana sudah boleh digelar ustazah walaupun masih lagi belajar.
A memang cantik, muka bersih, berkarakter sopan dan membuatkan mata-mata terasa sejuk memandang. Tapi…

Situasi 3
kuliah fardu ain akan dimulakan tidak lama lagi. Muslimat diminta menyelak “langsir” yang membahagikan kawasan jemaah lelaki & wanita. Seorang jemaah wanita segera bangun dan menyelak langsir tersebut.
Pada kelas fardu ain yang khas untuk wanita sahaja, A yang sememangnya mempunyai sifat kepimpinan menegur muslimah dengan ayat ini: “perempuan yang xpakai stoking jangan gedik2 nak bukak langsir! Kalau kaki tu lawa xpe la jugak..”

Situasi 4
B yang baru ingin mendalami Islam menghantar mesej kepada seseorang yang mendapat jolokan “ustaz” daripada rakan2nya untuk bertanya tentang kekeliruan dalam amalan Islam. Setelah lama menunggu, hampir setahun, mesej itu tidak dibalas. Tidak mahu buruk sangka, B berfikiran si ustaz itu mungkin sibuk dengan urusan hariannya.
        Malangnya, satu hari B terserempak dengan rakan muslimahnya yang tidak kurang cantik sedang elok2 berchatting dengan si ustaz. Menurut rakannya itu, selalu je si ustaz ni chat dengannya..siap cakap nak datang rumah lagi..=_=”

Okey2, dah la kot bagi 4 contoh. Nie semua contoh je k..kalo betul pun macam la aku nak gtaw..haha 

so aku nak pesan, wahai orang2 yang alim lagi bijaksana…berhati-hatilah dengan ketakwaan yang kamu tunjukkan pada dunia. Aku bukanlah sesiapa. Tutup aurat pun x sesempurna kalian, aku sedar.

Tapi agak menjadi masalah bila kita yang baik nie memandang hina pada yang x sebaik kita. Kadang2, kebaikan kita tu buat kita rasa kita lebih baik dari orang lain.

Ya, korang betul. Aku salah. Tapi cara menegur tu biar berhikmah.
Aku x rasa aku akan berubah dengan melihat pandangan serong korang kat aku.
Maaf jika terlanjur kata.


UniMeOw: “aku” di atas bukanlah merujuk aku secara mutlak..hehe dan contoh ni xde kena ngena ngan sesaper pun..tipu!!

7 comments:

Ieza2fyza said...

sokong sesangat posting di atas.
kekadang org yg byk ilmu ni.. senang2 ati je nak pandang hina kat org..
sedarlah..
jgn pk kita dah buat baik, kita ikut aturan Allah, kita dah selamat.
kita tak tahu. yg kita buat, tu sume dah jd kewajipan kita.
tp nak pandang rendah atau hina kat org jahil dari kita, itu bukan hak kita.
kita cuma nasihat elok2 dan berdoa agar diberi hidayah. itu saja.
kita sndiri pon tak tahu macam mana keadaan kita mati nantik, kan?
so nape nak perlekeh dan perlecehkan org yg kita nampak biasa2 je?

so, hunu zhon lah sentiasa. :)

Ieza2fyza said...

*husnu dzon...

Unknown said...

aku sokong statement ko..kdg2 ada jgak org2 ni pandai bg nasihat tp xkena tempat ngn situasi..main hembus je..xjge aib org..huhu

ery D cat said...

salam pd tuan pnya blog..sy jg bersetuju..
xkisah lah mgkin 'org2' yg sebaik2 itu 'dia' rs diri dah terlalu smpurna...kt yg xsebaik 'dia' tu leh la di tegur tetapi biarlah dgn cara teguran org yg berilmu...bukan menegur mcm org yg xberilmu...sedangkan bangga diri tu terlalu byk berilmu...aih mcm2...

meowwmania said...

setuju sesangat!

Staff said...

Sama tapi tak serupa. :)

I Follow Meow.

Garis Panduan Gambar dan Iklan dalam Akhbar dan Majalah di Malaysia

Anonymous said...

Suka entri ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...