Wednesday, 21 December 2011

Lelaki memang nampak x macho bila… (PART 1)


1.   Merokok
Maybe sesetengah pompuan nampak lelaki macho bila merokok, tapi bukan aku.. bagi aku, lelaki merokok ni hanya lelaki biasa yang x berjaya kawal diri sendiri. Nak halang diri sendiri supaya x merokok pun dia x mampu, kesian kan…
Opppsss..!! TERkata kat abah & abg2 sendiri pulak…lalalala~



2.   Berebut dengan pompuan
Nak naik bas pun rebut2… rebut dengan pompuan pulak tu! Hadeh…
Pakcik oi,, takkan lari bas dikejar, dia jalan je..haha…
*Tapi kan, ada jugak lelaki yang bagi pompuan naik bas dulu sebab dia nak tengok ‘sesuatu’..citt!! kalo jenis ni lagi la x macho..hampeh!



3.   Masuk campur bila gf dia gaduh
Laaa…biar la awek ko nak gadoh ngan sesaper pun. Yang gadoh tu awek ko, bukan ko.. hmmm…
Bertambah x macho seseorang lelaki tu bila dia join sekali serang pompuan yang gadoh ngan awek dia..pe barang beb gadoh ngan pompuan.. kalau berani sangat, lawan la dengan atuk pompuan tu…:p

4.   Cakap kuat2 kat tempat awam
X dinafikan, memang ada orang yang suara dia semula jadi kuat. Yang aku maksudkan kat sini ialah, lelaki yang sengaja cakap kuat2 bila orang ramai (contohnya dalam bas) sebab nak tarik perhatian. Buat lawak segala bagai. Bajet orang nak gelak sangat?!
Bertambah x macho kalau dia sengaja cakap dalam bahasa/dialek dia. Bukan apa, untuk menarik perhatian aweks2 yang sepuak dengan dia.. oo plz la!

5.    Gaduh2 sebab bola
Pasal sebijik benda bulat tu pon maw gadoh ka? Aiyaa… very x macho ma…
Tapi yang jenis no 5 ni jarang la pulak aku jumpa.. hehe

6.   Sibuk hal pompuan
Pompuan pakai beg kaler merah pun dia sebok, pompuan pakai eye shadow kaler pelangi pun dia sebok, jenama tisu yang pompuan pakai pun dia amek taw!
Maybe ada pompuan yang senang dengan laki yang macam ni.. tapi kalo aku la kan…eiii rimas la!!! Ko sibuk2 je la pasal gitar/bola/kereta/motor/rapala/sukan ko… jangan sebok la hal2 pompuan…hmmm…

7.   Sensitif & emosional
Aku penah tanya abang aku (abang yang mana satu terpaksa dirahsiakan..hehe),
“pernah tak pompuan kata kat abang ni jantan x guna?”
“pernah.” (muka selamber nak mampus!)
“abang x marah ka? X terasa?”
“dak. Abang gelak ja..hahahahaha…”
Apa yang ada dalam hati aku waktu tu…ya, abang memang lelaki sejati yang macho.
 Kalo aku jadi laki kan, aku paham la..pompuan selalunya emo. So apa yang dia cakap watpe nak amek hati. Plus, kalau kita betul2 kenal diri sendiri, dan percaya diri sendiri.. apa je yang orang kata kat kita x perlu la peduli. Coz kita tahu+yakin bahawa kita x macam yang orang cakap.
Bak kata aku, kalau tak betol, watpe nak marah?

ooo dok3...

Lagi satu, bab politik pun nak gadoh. Xyah la fanatik sangat. Walau kita sayang macam mana pun kat seseorang tokoh tu, kita kena jugak mengaku.. dia insan biasa, ofkos ada kelebihan & kekurangan..
(aku ngaku aku suka Tun Hussein Onn, Nik Aziz, Dr M & Anwar Ibrahim.. & aku jugak ngaku dyorang ada kebaikan & kesilapan masing2.. nobody’s perfect!)

8.   Berani buat salah, tapi x berani mengaku
Buat salah berani, tanggung risiko x berani.. piiiraahhh!!!
X pergi kelas, suruh kawan sign atendan. Cuba ko g jumpa lec n mengaku..
“lec, saya x pergi kelas hari ni sebab bangun lambat.”
Tak pun..
“lec, saya x pergi kelas hari tu sebab saya boring lec mengajar..”

9.   Mengaku salah walaupun x salah
Yang ni pon sepasal jugak.. Aku paham, kadang2 kita terpaksa mengaku salah walaupun kita tak salah. Maybe untuk kebaikan.. tapi kalau dah 10x orang cakap “it’s ok” pon dia dok mintak mahap lagi,,,ada yang nak kena cepuk gamaknya.. tak paham bahasa ke?

Bersambung…

UniMeOw: kang wat n3 panjang2 sangat kang ada yang juling lak baca..huhu

9 comments:

sufi said...

suka yg part 1 tu.. xde macho nyer... mulut berbau..gigi kuning.....
yg terharunyer dan menjadi tanda tnya.. my father tetiba boleh berhenti merokok.. xtao nape... hak tu baru macho

UniMeOw said...

my abah pon brenti mrokok gak!! (bangganya,,,)

errr tp sebulan je,,,ps2 sambung balik..=_="

oh abahku...(xsabaq nak balik umah)

sufi said...

huhuu.. my abah brubah trus.... sejak msuk wad icu ritu...

sufi said...

eeee.... yg no-9 tuuuuuuuuuuuu....

Karbon Kopie said...

tapi bila dah suka semua pun nampak macho jek..hahaha

UniMeOw said...

sufi,,npe ngn no 9?

karbon:ha'a,,setuju..
erm,,mcm ada pngalaman je?hehe...

sufi said...

xde pe..hihihi

Dunia Realiti a.k.a Elih said...

Oh ye, no. 8 tu kdg2 terbuat tanpa sengaja bila menunjukkan pendirian tapi kalau dah salah tu mengaku je lah kan..

antara said...

hahaha. naiiss! ekceli, semua lelaki tak macho. =p lol!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...