Wednesday 24 April 2013

Ikut Hati, Mati...


Kata orang, ‘ikut hati, mati..’
Aku setuju.

Kalau ikut hati aku, aku nak ketuk2 kepala dia,,tumbuk dia,,tibai dia,,tarik telinga dia..
Dan kalau ikut hati, aku akan tulis kat wall post tu.. “do u love me? Or hate me?”
kalau ikut hati la..

tapi tu la, kalau ikut hati, mati..

ikut hati,mati.. sekarang semua kena guna otak

kalau dia cakap “I hate u!!”, ofkos aku nangis..sebab aku tak benci dia pun..
kalau dia cakap “yes, I do love u..”, lagi la aku nangis! Jangan tanya sebab apa…(Y_Y)
Kalau dia x jawab pape, mesti aku marah diri sendiri “yang gatal sangat g tanya tu kenapa??”

So, aku pilih untuk tak kata apa2.
Sebab aku masih tak yakin dengan kekuatan diri.. owhhh that’s my main prob! Kekuatan untuk menerima apa yang sepatutnya aku terima.

Aku pilih untuk mendiamkan diri.
Aku pilih untuk membizikan diri.
Aku pilih untuk pura2 tak fikir.
Aku pilih untuk bersabar.
Aku pilih untuk terima perasaan aku sendiri.
Aku pilih untuk mencintai dalam diam.
Aku pilih untuk tidak bertindak.
Aku pilih untuk meyakinkan diri “Uni, ko jangan nak perasan!”
Aku pilih untuk meyakinkan diri “pasti ini yang terbaik..”
Aku pilih untuk berfikir “dia dah ada pengganti la..ko jangan kacau orang punya tu Uni…grrrrr!”
Aku pilih untuk meninggalkan yang haram.
Aku pilih untuk mendapatkan sesuatu secara halal.
Aku pilih untuk tidak memilih.
Aku pilih untuk menunggu.
Aku pilih untuk mendoakan yang baik2.
Aku pilih untuk menyerahkan sepenuhnya kepada Dia..

Kerana aku yakin, Dia sentiasa merencanakan sesuatu yang terbaik untuk hambaNya ini..
Kerana walau aku tak sempurna untuk miliki kamu,
aku tetap punya Dia..
(^_^)



UniMeOw: kalau tak kerana henset di poket, memang aku dah main hujan hari ni…haihhh..

9 comments:

Dayang Deno said...

iku hati mati, ikut kata, binasa

Shin Chan Comel said...

berfikir sebelum bertindak itu lebih baik:)

Entri Terbaru "Tips Melancong Ke Luar Negara Part 1"

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

susah juga kan..

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

susah juga kan..

HUD AIKARA said...

betul jangan pilih hati saja..nanti mati.. tapi hati dan otak saling melengkapi..kalau pilih salah satu agak pincanglah keputusan kita...hehehe..yang penting dengar kata hati lepas tu fikirkan mana baik dan buruk..then baru buat keputusan..

Ayue Rejaluddin said...

Susah bila berperang dengan perasaan....
Minta petunjuk dari Allah swt..
Insyaallah...

Ainim Rashihah said...

Kalau tak cuba tak tau tapi kalo terlalu confident, nanti takut makan diri. Yang penting usaha dulu sedaya yang mungkin dan tengok reaksi dia. Mulakan sebagai kawan baik dulu. DOa pada Allah supaya ada jalan pembuka utk hubungan tu ye

Zara Alisha said...

saya pilih untuk mengundi.. (^__^)

CTK said...

oh my~ situasi kita sekarang samaaaaaaaaaaaaaaa!!!! ct pon pilih untuk snyap je..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...