Friday, 12 April 2013

The time will come..



Dalam hidup aku ni, ada macam2 perkara yang aku impikan. Aku pernah list down segala impian aku..jumlahnya boleh tahan banyak.
 
Antaranya..

Ofkos nak jadi hamba Allah yang solehah, nak bawak ma abah p Mekah, nak kereta, rumah, keluarga bahagia, belajar main gitar, perpustakaan mini dalam rumah, sambung belajar bahasa Arab yang tergendala, nak terer cakap omputih, nak p sauna, nak dapat 1st class, belajar menjahit, belajar wat kek, belajar wat kuih seri muka, nak tubuh badan yang sihat & fit, nak pakai baju cantik2, ada koleksi kasut, brooch, tudung, gelang, wat bisnes kek, nak sambung study, nak jadi kaya & selalu derma kat umah kebajikan, nak tolong orang2 yang bela kucing terbiar, wat buku or novel, nak amalkan solat dhuha dengan konsisten, nak itu, nak ini, nak bla3x~~

Dan yang paling aku nak..

Mati dalam agama Islam, mati dengan iman, mati dalam husnul khatimah. Amin..

Sebenarnya belambak lagi impian aku. Aku pon xbpe ingat, sebab list tu aku sembunyi, malu la kalau orang baca. Last2 aku sendiri yang jarang baca..hadeh.. *tepuk dahi.

Dalam banyak2 yang aku list tu, ada yang dah tercapai (Alhamdulillah), ada yang belum, ada yang dalam proses..(insya Allah one day akan tercapai.amin..)

Bila fikir2 balik, macam tak layak je aku nak capai semua tu. Sebab hidup aku ni dipenuhi dengan tido tido tido dan tido..zzzzzz -_-

Ada orang pernah nasihat aku, “kawal sikit nafsu tu…nafsu tido k, bukan nafsu shopping..eheh :p

Aku terima apa yang dia kata. Terima kasih sebab sudi nasihat aku. Tapi macam biasa la orang tak degil cam aku ni (ehemm…xdegilnya), semua nasihat aku iakan..tapi ikutnya tak jugak..hadeh!

Tapi xpe,,aku tetap doakan semoga semangat aku untuk capai semua impian aku ni tak hilang..amin..(hei semua,,sila aminkan yer…<3)

Kadang2, bila tengok orang lain hidup senang, ada kereta mewah2, ada umah besar2, ada keja hebat2, ada keluarga bahagia2, ada anak comel2, aku rasa tak sabar nak ada jugak macam dyorang. Selalu aku terfikir, “bila laaa aku nak ada kereta” (contoh..)

Dan secara automatiknya otak aku jawab, “huh, belajar pun x habis lagi. Keja pun belum tentu, ada hati nak kereta…buat assignment pun malas…ceh!”

Hahaha…

Tapi tu la, hati kecil aku sentiasa yakinkan diri aku, bahawa “the time will come..sabar & jangan2 givup!”

Sebenarnya, frasa “the time will come” tu, aku dengar daripada lec aku. Lec feveret. Dia penah cerita, dulu dia pun susah. Masa study master, kena ulang-alik jalan kaki.. tengah panas. Kena berhimpit2 dalam bas. 

Sedangkan, masa tu kezen dia dah kerja (kerani kalau tak silap), dah ada kereta, kahwin awal. Semua yang kezen dia ada, ditayangkan kat dia. Lec aku ni pilih untuk bersabar dan yakinkan diri dia bahawa… “the time will come..” 

Sekarang, lec kesayangan aku tu ofkos la keja sebagai lecturer kan.. ada hubby yang sangat penyayang & gila2, anak2, ada kereta yang lebih mewah daripada kezen dia dulu, ada rumah, bla3… tu semua berkat kesabaran dia dulu… Tapi cara dia cerita tu humble sangat. Sweet kan?! (^_^)

So, sekarang..even aku selalu nganga je tengok abang aku n orang lain bawak kereta ke sana sini, tengok je orang lain duduk rumah mewah, ada keluarga sendiri, ada kucing comel2+sihat2+gumok2, ada macam2…xpelah, the time will come..


Errr tu pon kalau aku usaha!haha~

UniMeOw: dah lama tak pakai shawl..teringin lak nak pakai! :p

2 comments:

Ayue Rejaluddin said...

Yes the time will come...
tapi berkat usaha kita jugak...... =D

UniMeOw said...

kan kak kan...;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...